Berbeza Dengan Ronaldo, Pogba Alihkan Botol Buatkan Saham Naik RM 4.55 Bilion

Sebelum ini, kita dikejutkan dengan insiden pemain bola sepak terhebat dunia, di mana Cristino Ronaldo mengetepikan 2 botol Coca Cola.

Beliau lantas menggantikan dengan sebotol air mineral dan mengakibatkan kejatuhan harga saham syarikat air tersebut.

Manakala yang terbaru, pemain tengah Manchestar United dan Perancis, Paul Pogba turut melakukan aksi persis Ronaldo, tetapi kali ini dengan sebotol air bir, Heineken.

Dalam satu sidang media selepas Perancis berjaya menewaskan Jerman, Pogba mengalihkan botol Heineken di atas mejanya.

Malah, beliau meletakkannya di bawah meja supaya menjauhi pandangan lensa kamera.

Seperti Coca-cola, Heineken merupakan penaja rasmi untuk kejohanan Eropah ini.

Dan sebagai seorang Muslim, Pogba dilihat cuba memaparkan imej seorang Muslim yang tidak minum minuman beralkohol, dengan menukarkan posisi botol air tersebut.

Namun tindakan tersebut telah menyebabkan kenaikan saham syarikat Heineken, iaitu kenaikan sebanyak 1.65% atau keuntungan sebanyak RM 4.55 bilion ($ 1.1 bilion).

Berdasarkan Oh My Goal, tindakan Pogba itu langsung tidak menunjukkan apa-apa tujuan bagi insiden tersebut.

Selain itu, aura Ronaldo sebagai lelaki paling banyak diikuti di  Instagram dan ikon serata dunia, ia mampu memberi impak besar.

Video sidang media tersebut boleh ditonton seperti dibawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *