“Saya bukanlah orang yang layak,” Khabib Nurmagumedov

Hanya Baginda Nabi Muhammad SAW Sahaja Yang Layak Dijadikan Idola”- Khabib

Umum telah mengetahui bahawa peta.rung UFC Khabib Nurmagumedov adalah seorang yang berpegang teguh dengan ajaran Islam. Pasti ramai diantara kita yang menjadikan Khabib Nurmagomedov sebagai idola selepas beliau telah berjaya menum paskan seorang lagi bintang UFC terkenal iaitu Conor McGregor dalam satu perl4wanan yang menyaksikan pet4rung dari Ireland itu terpaksa menyerah ka lah akibat di ‘kunci’ oleh Khabib.

Walaupun begitu, menerusi satu muatan yang dikongsi oleh Khabib di akaun Instagram rasminya, dia telah meminta kepada semua peminatnya untuk tidak menjadikannya idola dalam hidup mereka. Pet4rung yang berasal dari Rusia itu menjelaskan bahawa, beliau sebenarnya tidak layak untuk dijadikan idola dan menyeru kepada semua orang agar menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai idola dalam hidup mereka.

“Saya bukanlah orang yang layak untuk dijadikan idola, dan saya juga tidak mahu dijadikan idola oleh manusia lain. Saya percaya bahawa bukan saya sahaja, atau pet4rung lain, mahu pun mana-mana selebriti secara amnya berhak untuk dijadikan contoh untuk diikuti.

“Saya seorang Muslim, dan sebagai seorang penganut agama Islam yang percaya dengan agama saya, kami mempunyai seorang contoh untuk diikuti, baginda adalah pesuruh Allah S.W.T yang bernama Muhammad S.A.W,” tulisnya dalam gambar yang dimuat naik di akaun Instagramnya.

Keteg4san pemegang gelaran juara bagi kategori Lightweight dalam soal agama boleh dilihat menerusi sidang media yang dilakukan sebelum perla wanannya menen tang Conor McGregor dilangsungkan. Pemegang gelaran juara kategori Lightweight yang dikenali dengan keteg4san dalam menjaga hukum hakam agama juga boleh dilihat ketika Conor McGregor menghulurkan kepadanya secawan ar4k dengan niat untuk memberi prov0kasi kepada Khabib.

Namun begitu, Khabib dengan tenang menjawab kepadanya: “Terima kasih saja, saya tak minum 4rak, dan saya tidak pernah minum air itu dalam hidup saya”.

Hasil daripada didikan agama yang diajar oleh bapanya sejak kecil telah membuatkan dia menjadi begitu te gas berkenaan dengan agama Islam pada hari ini sehinggakan ramai orang mengidolakannya.

Sumber:malayakini via majalah-harian.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *