Ifa Raziah batalkan temu janji sunt1k v4ksin, alasannya buat ramai beng4ng

Pelakon dan pengacara sensasi, Ifa Raziah dikec4m hebat netizen gara-gara bertindak membatalkan janji temu v4ksinasinya di saat akhir kerana tidak mendapatkan Pfizer.

Video yang tular di media sosial itu, bagaimanapun dinafikan Ifa yang menjelaskan tindakannya itu tiada kena mengena dengan memilih jenis v4ksin.

Menerusi hantaran di TikTok, Ifa berkata dia membatalkan niat mengambil v4ksin disebabkan kekeliruan dan salah faham yang berlaku di Pusat Pemberian v4ksin (PPV) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

“Miss Diva terpaksa batalkan v4ksin hari ini (semalam) kerana tidak dapat sunt1kan Pfizer di MITEC. Bukannya mengada-ngada tak mahu ambil v4ksin,” tulisnya.

Pada hantaran lain di Instagram, Ifa berkata dia bukan sengaja bertindak sebegitu tapi memandangkan v4ksin jenis Pfizer saja diyakini sesuai dengan dirinya yang mempunyai masalah kesihatan.

“Itu hak kita nak ambil atau tak walaupun sudah disediakan oleh kerajaan Malaysia di dalam aplikasi MySejahtera.

“Cuma, setahu saya kalau di MITEC, mereka akan bekalkan penerima dengan v4ksin Pfizer. Tapi, jadi lain pula apabila saya nak Pfizer dan diberi Sinovac,” katanya.

Bagaimanapun, yang pasti tindakan berani Ifa itu kurang disenangi netizen. Di kala masih ramai orang yang sukar mendapatkan tarikh janji temu v4ksinasi, tapi Ifa pula sanggup bertindak sebaliknya.

Rata-rata netizan meng3cam tindakan Ifa Raziah

“Ko punya kerenah dah menganggu urusan petugas nak bagi v4ksin..1 botol tu kena pecah kepada beberapa bahagian..kalau sorang xdtg atau batalkan diorg kena cari pengganti dgn cepat atau v4ksin tu akan rosak..mati tu pasti kak..xkira apa v4ksin ko ambik..harap kkm dpt ambil tindakan kat minah ni sebab menyusahkan banyak pihak.”

Pfizer, Sinovac dan Astra Zeneca – Apa Bezanya? Kenapa Ada Yang Nak Pilih-Pilih? Betul Ke Faham Atau Hanya Ikut Orang?

Situasi 1 (Pfizer):

“Doktor, saya nak cucuk Pfizer saja sebab keberkesanannya paling tinggi.”

Situasi 2 (Sinovac):

“Doktor, saya banyak baca di internet, orang cakap v4ksin Sinovac ni lebih sesuai untuk orang Asia.”

Situasi 3:

“Doktor, saya tak kisah mana-mana pun, janji saya dapat cucuk sekarang.”

Begitulah beberapa situasi yang berlaku dalam kalangan masyakarat kita sejak v4ksin c0vld-19 diperkenalkan di negara ini. Walaupun pada awalnya terdapat banyak mitos dan pandangan negatif berkenaan v4ksin yang dibawa masuk ini, tapi nampaknya ia semakin terhakis apabila peratusan rakyat yang memohon v4ksin semakin meningkat.

Cuma yang menimbukan isu sekarang ini apabila terdapat lebih daripada satu jenis v4ksin diperkenalkan kerajaan di Malaysia selain Pfizer yang pertamanya dulu. Orang mula berdebat tentang keberkesanan dan risiko setiap satu v4ksin yang mahu diambil. Sejauh mana kebenaran adanya perbezaan v4ksin-v4ksin ini?

Menerusi videonya di Youtube, Dr. Ikram Rauhi, MD berkongsi informasi dan perbezaan antara ketiga-tiga v4ksin c0vld-19 yang dibawa masuk ke Malaysia.

Dr Ikram Rauhi, MD

Imuniti dan v4ksin

Sebelum pergi lebih lanjut tentang v4ksin, Dr. Ikram mahu masyarakat fahami dulu apa yang dimaksudkan dengan imuniti? “Kita perlu faham bagaimana badan melawan virus? Apabila virus masuk ke dalam badan, sistem dalam badan akan berkenalan terlebih dulu dengan virus yang datang untuk memahami jenisnya. Kemudian, ia akan pilih senjata yang sesuai untuk melawan virus ini.”

Ketika itu, badan akan mula menunjukkan simptom seperti demam, lenguh badan dan sakit urat. Apabila sudah tahu cara untuk melawan, badan akan mudah untuk melindungi diri daripada virus ini. Inilah yang dipanggil imuniti.

Jelas Dr. Ikram tentang v4ksin pula, “ia adalah pemudah cara untuk badan melawan virus-virus dengan merangsang badan menghasilkan antibodi. Jadi, jangka masa yang lama dulu untuk melawan virus akan menjadi pendek dengan adanya v4ksin dalam badan.
Kesimpulannya, v4ksin meringkas atau memendekkan masa untuk badan melawan jangkitan virus.”

Kenapa Perlu Ada Banyak Pilihan v4ksin?

Ada yang tanya kenapa kerajaan membawa masuk banyak jenis v4ksin ke Malaysia? Jawab Dr. Ikram, “kita perlu faham, terdapat banyak lagi negara yang sedang menunggu giliran untuk membeli v4ksin ini. Jika kita hanya memesan Pfizer saja, ia akan melambatkan proses v4ksinasi untuk seluruh rakyat Malaysia, mungkin boleh menjangkau sehingga 10 tahun.

Jadi, kerajaan memecahkan pembelian ini kepada beberapa jenis seperti Pfizer, Astra Zeneca, Cansinobio dan Sputnik V.

Kriteria Dalam Pemilihan v4ksin
Inilah yang menjadi pendebatan dan pertelingkahan segelintir rakyat Malaysia tentang keberkesanan sesuatu v4ksin itu. Ada yang hanya melihat daripada segi effectiveness sahaja tapi sebenarnya terdapat beberapa elemen lain yang membezakan semua v4ksin ini yang perlu difahami seperti:

Harga

Pengagihan

Penyimpanan

Kesan sampingan

Kekerapan sunt1kan dos

Kandungan bahan aktif seperti mRna, Inactivated Virus dan Viral Vector

Kenapa ramai hanya memandang pada faktor keberkesanan sahaja? Dikatakan Pfizer mempunyai keberkesanan sebanyak 95%, manakala Sinovac antara 50.4 ke 91.25%. Sebenarnya, lebih tepat lagi keberkesanan itu bergantung pada keturunan dan genetik masyarakat di sesuatu negara tersebut.

Sebagai contoh terbaru di Thailand, dilaporkan selepas rakyatnya menyuntik dos ke dua v4ksin Sinovac, selepas dua minggu, keberkesanannya meningkat sehingga 99.4%. Jelas Dr. Ikram, “kita perlu faham standard atau KPI yang digunakan v4ksin itu dan jika sudah lebih 50%, ia telah dikira berkesan untuk digunakan kepada masyarakat.”

Cuba lihat contoh v4ksin Influenza, keberkesanannya hanya 50 ke 60% sahaja tetapi itu sudah memadai untuk mengekang penularan wabak tersebut.

Kenali v4ksin Pfizer

Ia menggunakan teknologi baru. Perlu diketahui bahawa di luar virus c0vld-19 terdapat spike protein yang menjadi salah satu komponen virus ini yang menyebabkan jangkitan. Teknologi mRna bertindak menghancurkan protein virus c0vld-19. Protein yang dihasilkan dalam badan ini akan merangsang badan menghasilkan antibodi untuk melawan jangkitan.
Ya, mRna lebih mudah dan cepat untuk dihasilkan namun masalahnya pula daripada segi penyimpanannya, di mana ia memerlukan suhu -70℃, maka ia amat susah untuk diedarkan ke kawasan-kawasan pedalaman dan jauh.

Apa Pula v4ksin Sinovac?

Ia menggunakan teknologi Inactivated Virus di mana virus yang telah mati disunt1k dalam badan manusia. Apabila ini berlaku, badan akan melawan virus yang mati itu dan menghasilkan antibodi untuk melawan jangkitan seterusnya.
Teknologi ini sudah lama digunapakai, malah pernah digunakan untuk penyakit Polio dan Rabies sebelum ini. Dan, ya ia terbukti berkesan. Ia hanya perlu disimpan dalam suhu 2 ke 8℃ sahaja.

Bagaimana Dengan v4ksin Astra Zeneca?

Ia menggunakan teknologi Viral Vector di mana virus diubahsuai untuk dipindahkan ke antigen genetic code ke badan manusia yang kemudiannya menghasilkan antibodi untuk menahan serangan virus. Ia berkesan sebanyak 62 ke 90% dan ini sudah memadai untuk melawan virus c0vld-19.

Timbul pula spekulasi yang mengaitkan v4ksin ini dengan blood clot atau gumpalan darah. Hakikatnya risiko sunt1kan v4ksin ini hanya 0.0004 sahaja berbanding jika terkensa serangan c0vld-19 ini, risiko mengalami gumpalan darah adalah lebih 16.5%. Jadi, yang mana lebih berisiko?

Imuniti Berkelompok (Herd Immunity)

Di sinilah matlamat pemberian v4ksin yang dilakukan kerajaan sekarang ini yang mana kita mahu mencapai imuniti bekelompok. Herd Immunity/imuniti kelompok ialah keadaan penularan jangkitan penyakit tidak dapat berlaku kerana sebahagian besar masyarakat itu mempunyai imuniti atau daya tahan terhadap penyebab jangkitan penyakit itu.

Imuniti atau daya tahan itu diperoleh hasil imunisasi. Menurut WHO, dianggarkan 60 hingga 70% populasi dunia perlu mempunyai daya tahan terhadap c0vld-19 bagi membolehkan ‘imuniti kelompok’ dapat dicapai dan penularan virus ini dapat dikawal.

Sebagai contoh lihat negara seperti Amerika dan UK, lebih 60% sudah div4ksin dan ia dianggap berjaya apabila jangkitan kes c0vld-19 turun mendadak. Jadi, marilah kita sama-sama menyumbang kepada imuniti berkelompok ini untuk lindungi diri, keluarga, msyarakat dan negara.

Sumber: powerdailynews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *