(Video) Aliran Trafik Sesak Kira-Kira 800 Meter Sebelum Plaza Tol Gombak Menghala Kuala Lumpur

Aliran trafik dilaporkan sesak kira-kira 800 meter sebelum Plaza Tol Gombak menghala ke Kuala Lumpur, lapor Bernama hari ini.

Menurut Bernama, kesesakan itu dipercayai berpunca daripada pemeriksaan teliti di sekatan jalan raya di lokasi berkenaan.

Kenderaan yang tidak memiliki dokumen kebenaran merentas negeri diarah berpatah balik.

Semalam, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan orang ramai tidak boleh menggunakan surat MITI untuk merentas negeri bermula 18 Julai sehingga 21 Julai ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilaporkan berkata, tindakan itu susulan pihak polis mendapati terdapat peningkatan bilangan kenderaan di lebuh raya dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini.

“Bagi mengelakkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab daripada menyalahgunakan surat kebenaran MITI sebagai kelulusan merentas negeri untuk sambutan hari raya Aidiladha, semua Sekatan Jalan Raya (SJR) sempadan-sempadan negeri telah diarah agar meningkatkan penguatkuasaan.

“Untuk tujuan itu, semua SJR di sempadan-sempadan negeri akan diarah untuk tidak menerima dokumen MITI sebagai kelulusan pergerakan yang sah bagi tempoh 18 hingga 21 Julai 2021 (Ahad – Rabu) bagi pergerakan rentas negeri,” katanya.

Sumber: siakap keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *