“Takde Bajet Ke?” Selepas Chef Wan, Che Ta Pula Beri Komen Padu Pakaian Perbarisan Kontinjen Malaysia

PETALING JAYA – Sejak semalam, ramai yang menyuarakan pendapat dan melemparkan kr1tikan terhadap rekaan pakaian perbarisan kontinjen Malaysia pada acara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo 2021 kelmarin.

Tidak ketinggalan, pelakon popular Rozita Abu Bakar, 48, atau lebih dikenali sebagai Che Ta turut mempersoalkan busana yang dipakai kontinjen negara tersebut.

“Pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak mempunyai peruntukan atau bajet ke bagi menggunakan khidmat pereka fesyen tempatan untuk mereka pakaian kontinjen negara di acara sukan tersebut?

“Sekali lihat, corak pada bahagian kain seperti ulat. Dua kali tengok, macam sarung bantal pula walaupun katanya persis kerusi stadium,” komennya dalam InstaStory semalam.

Sehingga kini, masih ramai yang memperdebatkan rekaan dan corak pada busana tersebut.

Ada juga yang menyamakan rekaan tersebut sama seperti warna dengan watak anime robot Jepun terkenal, Gundam.

Semalam, Kosmo! turut melaporkan cef selebriti terkenal, Cef Wan turut menyamakan busana berkonsepkan pakaian tradisional Melayu, bertanjak untuk lelaki dan baju kurung bagi atlet wanita tersebut seperti badut, disebabkan paduan warna kuning dan merah.

Difahamkan, pakaian kontinjen negara hasil rekaan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam itu bertemakan bertemakan Laksamana Hang Tuah manakala warnanya pula diinspirasikan daripada empat warna Jalur Gemilang.

Sumber: bartasangbad.site

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *