Jangka H4yat Kucing & Perbandingannya Dengan Umur Manusia

JANGKA H4YAT KUCING & ANGGARANNYA DENGAN UMUR MANUSIA

Hubungan kucing dengan manusia cukup istimewa.

Bagi pemilik yang mula menjaga kucing sejak l4hir sampai sekarang pasti berkongsi pelbagai detik indah dengan haiwan kesayangannya.

Dalam memberikan penjagaan rapi, pemilik kucing juga perlu mengetahui usia kucing semakin ia membesar.

Semestinya jangka h4yat kucing berbeza jika dibandingkan dengan manusia. Jom kita kenali jangka h4yat kucing peliharaan anda dengan lebih dekat!

Tahukah anda kucing tertua yang pernah direkodkan berusia 38 tahun? Berdasarkan perkongsian dari Public Health Malaysia, purata jangka h4yat kucing ialah sekitar 15 tahun iaitu sekitar 76 tahun bagi usia manusia.

Cara Menganggarkan Umur Kucing

Menggunakan Formula

Jika kucing anda sudah mencapai usia 10 tahun, sebenarnya ia telah masuk ke kategori ‘warga emas’.

Anda juga boleh menganggar umur kucing dengan menggunakan formula ini :

4X(Umur Kucing) + 16

 

Menganggar Umur Kucing Dengan Mengira Tahun 

Di samping penggunaan formula, anda juga boleh buat perbandingan usia kucing dengan manusia mengikut panduan daripada American Animal Hospital Association (AAHA). Usia kucing bolehlah dibandingkan seperti berikut :

  • Kucing yang berusia 1 tahun bersamaan dengan usia 15 tahun bagi manusia
  • Kucing yang berusia 2 tahun bersamaan dengan usia 24 tahun bagi manusia (tambah 9 tahun).
  • Selepas tahun kedua kucing hidup, purata umurnya dalam setahun meningkat seperti 4 tahun untuk manusia.

Contoh :

Usia Kucing : 3 tahun ; Usia Manusia 28 tahun (24 + 4 tahun)

Usia Kucing : 4 tahun ; Usia Manusia 32 tahun (28 + 4 tahun)

Menurut AAHA, panduan ini digaris berdasarkan perubahan fizikal dan kelakuan kucing mengikut tahap usianya. Tahap usianya pula dipadankan dengan jangka h4yat manusia untuk mendapatkan perbandingan mudah.

Berbanding anj1ng yang mempunyai pelbagai baka, usia kucing lebih mudah dijangka kerana perbezaan baka yang tidak begitu ketara.

Jadi, panduan ini bolehlah diguna pakai untuk kucing dari pelbagai variasi.

Anda masih ingat lagi bila kucing anda dilahirkan ?

Dengan panduan ini, anda bolehlah menjangka usia kucing dengan lebih mudah.

Selain itu, jenis baka kucing juga adalah antara faktor yang menentukan berapa lama kucing biasanya hidup. (Rujuk carta di bawah).

Tanda-Tanda Kucing Lanjut Usia

Bagi yang sudah lama bergelar tuan kucing, anda perlulah menyemak sekiranya kucing anda sudah mencapai usia warga emas.

Seperti manusia, kucing juga boleh menunjukkan tanda-tanda lanjut usia dari segi fizikal dan kelakuannya. Antara tanda-tanda kucing yang sudah tua ialah :

  • Gigi : Gigi yang semakin menguning atau pembentukan tartar pada permukaan gigi, gigi tercabut
  • Bulu : Bulu tidak lagi bersinar dan setebal kucing muda
  •  Mata : Warna mata semakin pudar, keluar cecair dari mata
  •  Tahap Aktif : Kurang aktif, berat badan berkurang, lebih kerap terkena arthritis
  •  Perubahan Pada Kelakuan : Lebih banyak mengiau, lebih banyak mer4yau, mudah cem4s, mudah keliru.

Jika anda masih tidak pasti usia kucing, anda boleh membawa kucing berjumpa doktor haiwan. Doktor pasti dapat menjangka usia kucing dengan lebih tepat berdasarkan kelakuan serta fizikal kucing anda.

Kepentingan Mengenali Usia & Jangka H4yat Kucing

Pemilik kucing perlulah mengenalpasti usia kucing supaya dapat merancang penjagaan dengan lebih rapi.

Antara kepentingan mengenali usia kucing ialah :

  • Dapat membantu pemilik kucing merancang diet dan berat bersesuaian dengan usia
  • Dapat memantau kesihatan kucing dengan lebih baik
  • Dapat merancang temujanji ke doktor dengan lebih teratur seperti temujanji v4ksin atau proses pem4ndvlan.

R1siko Apabila Kucing Semakin Meningkat Usia

Semakin usia kucing meningkat, kucing boleh mengalami r1siko jangka h4yat berkurang.

Antara punca utama kematian kucing ialah masalah kesihatan seperti k4ns3r, peny4kit bu4h pinggang serta travma dari persekitaran.

Oleh itu, adalah penting untuk anda membawa kucing untuk mendapatkan pemeriksaan berkala.

Dengan ini, usia kucing anda dapat ditentukan dan doktor juga dapat memberikan nasihat penjagaan sesuai dengan usianya. Keperluan kucing juga akan berubah mengikut usianya.

Dengan memberikan perhatian yang lebih khusus dan mengenali tahap usia kucing anda, ia dapat meningkatkan lagi jangka h4yat si comel kesayangan anda!

Sumber :https://siraplimau.com/

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Lifeツ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *