[VIDEO] Baby Shima Dikec4m Solat Tapi Masih X Tutup Aur4t, Sekali Ini Pula Yg Jadi Buat Ramai Terkedu

Penyanyi, Baby Shima mengakui berasa agak kec3wa dengan komen yang telah dilontarkan oleh seorang individu di aplikasi Tik Tok yang mempersoalkan mengenai ibadah solatnya.

Individu tersebut menyifatkan tiada gunanya untuk Shima menunaikan solat sekiranya dia sering kali tidak menutup 4urat dengan sempurna.

Menerusi perkongsian di Instagram, penyanyi lagu, Pura-Pura Bujang itu telah pun memuat naik sebuah video sebagai reaksi balasnya terhadap kenyataan yang telah dikeluarkan oleh individu berkenaan.

Menurut Shima, individu tersebut tidak mempunyai sebarang hak untuk menilai orang lain apatah lagi untuk mempersoalkan mengenai amal ibadahnya.

VIDEO :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)


“Semalam saya ada post satu content di Tik Tok. Lepas tu ada seorang mamat ni dia cakap macam ni, ‘Apa guna solat tapi t4yang b0dy’. Seakan-akan kau sorang je yang boleh solat dan kau boleh tentukan siapa yang sah dan tak sah solat.

“Disebabkan pemikiran kau yang selalu berfikiran kotor, kalau orang bertutup litup bagai pun, fikiran kau tetap kotor. Kau kutuk-kutuk aku tapi aku tengok kau punya following (Tik Tok) tu banyak dengan perempuan-perempuan s3.ksi,” katanya.

Dalam pada itu, Shima turut menyifatkan tidak salah bagi seseorang itu untuk menegur tetapi hendaklah dilakukan dengan cara di tempat yang betul.

“Bukan itu namanya mun4fik ke? Kalau nak tegur biarlah bertempat. Cermin diri dulu. Jangan bertopeng malaikat disebalik perangai sy4itan kau tu.

“Cukuplah kau judge orang tu. Kau hanya tengok dari luarannya sahaja. Disebabkan luarannya sahaja, kau judge dia macam-macam. Tapi kau tak tahu niat seseorang itu. Kau takkan tahu. Cuma Allah je tahu,” ujarnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Shima supaya tidak mempedulikan komen-komen negatif tersebut selain turut memberikan kata-kata semangat agar dia tidak patah semangat untuk meneruskankan amal ibadahnya.

“Sabar Baby Shima. Orang ni macam-macam. Yang kenal Shima je tahu Shima ni macam mana orangnya.

“Do whatever you like. Ignore all the negatif comments towards you. As long as you jaga batas.

“Tak habis-habis nak mengec4m. Stay strong Shima,” antara reaksi-reaksi netizen di laman.

Sekadar informasi, Shima telah pun memulakan perjalanan karier seninya sejak tahun 2009 dan kini dia telah pun melebarkan sayapnya ke negara seberang, Indonesia selepas menyertai pertandingan realiti yang diberi nama D’ Academy Asia Musim Ke-3.

KOMEN NETIZEN :

]

Nak kec4m saya, kec4mlah – Baby Shima

BERCAKAP mengenai si cantik bernama Baby Shima, pasti umum tahu akan populariti yang sedang dituai penyanyi itu di negara seberang, Indonesia.Mula bermastautin di Jakarta, Indonesia hampir separuh dekad, namanya kian meniti dan mekar di bibir peminat negara republik tersebut.

Langkah demi langkah diatur kemas anak kelahiran Masai, Johor itu dalam memastikan bakat seni nyanyiannya kekal diterima. Mengakui menjadi satu cabaran buatnya untuk membahagikan karier secara sama rata antara negara asal dan tempatnya melebarkan sayap, Shima bagaimanapun menyahut semua perkara yang dilalui sebagai hal yang menyeronokkan.

“Ya tipulah kalau tak penat. Malaysia tempat saya membesar dan mencipta nama, Indonesia pula tempat saya melebarkan jenama ‘Baby Shima’.

“Kedua-duanya sama saja bagi saya. Jadi saya perlu adil dan saksama selain bijak membahagikan perjalanan karier saya,” ungkapnya saat memulakan bicara bersama Pose.

Menurut pemilik nama lengkap Nor Ashima Ramli itu lagi, dia bersyukur dengan peluang, kesempatan dan kepercayaan yang diberikan kepadanya selama ini.

PADA usia yang sedang mekar, Shima bertegas, dia malas untuk mengambil pusing soal jodoh, sebaliknya meletakkan kerjaya sebagai keutamaan masa kini.

Terhenti

Bagaimanapun katanya, sejak pandemik C0vld-19 melanda dunia bermula tahun lalu, termasuk di Indonesia, banyak persembahan yang disusun terpaksa dibatalkan.

Natijahnya, kerjaya seni Shima turut terhenti seketika. Mahu atau tidak, dia terpaksa pulang ke tanah air seperti yang diarahkan pihak berwajib.

“Tidak dinafikan memang karier seni saya terjejas teruk kerana pandemik ini. Apabila diberitahu saya dan pengurus diarahkan balik ke Malaysia, ketika itu fikiran sudah bercelaru.

“Mana tidaknya, ketika nama sedang perlahan-lahan naik dan persembahan nyanyian sudah disusun atur, dengan sekelip mata tiba-tiba semuanya berubah 360 darjah gara-gara led4kan C0vil,” katanya.

Tambah anak keempat daripada enam beradik itu, sejak pulang ke tanah air pada Mei tahun lalu, hingga kini dia langsung tidak boleh keluar bekerja.

“Jujur, sejak setahun lalu, saya langsung tidak melakukan sebarang kerja. Bab persembahan memang jauh sekali. Saya hanya sempat merakamkan sebuah single berjudul You Dan Ysukuku bersama Cat Farish tahun lalu.

“Selain itu, saya banyak mengisi masa lapang dengan membuat kandungan video untuk saluran YouTube yang mempunyai 1.5 juta pengikut. Sesekali saya ada juga membuat ulasan produk berbayar untuk jenama-jenama tertentu,” ujarnya.

BAB kqitikan, henta4man dan c4cian yang diterima dalam media sosial, Shima menyifatkan semua itu sebagai input berguna buatnya untuk lebih positif dalam kehidupan.

Berkongsi lanjut, Shima yang popular menerusi lagu Pura-Pura Bujang itu berkata, walaupun kerjaya nyanyian agak tenggelam timbul, namun rezekinya tetap ada.

Dia baru sahaja selesai merakamkan empat buah lagu hasil kolaborasi dengan penyanyi dan komposer berpengaruh tanah air.

“Insya-Allah semua single ini akan diluncurkan selepas lockdown nanti. Kali ini saya bergabung tenaga bersama Ezra Kong, Apak Harry Khalifah dan Achoi Floor 88.

“Single yang akan dikeluarkan di Indonesia pula mendapat sentuhan Pasha Ungu. Semua single ini tergendala dan terpaksa kita ditunda sebab tak dapat nak jalani penggambaran muzik video,” tuturnya.

Tidak setakat itu, dia juga berterima kasih dan bersyukur kerana dipilih untuk menjadi salah seorang mentor bagi sebuah rancangan terbaru, Fanta6 Stage anjuran platform penyedia muzik terkenal, Joox.

Jelas Shima, Fanta6 Stage merupakan sebuah pertandingan kandungan video pendek pertama dan satu-satunya di Malaysia yang bertujuan mencari bakat baharu dalam kandungan kreatif.

WANITA putih mulus berusia 29 tahun ini bersyukur kembara seninya sejak sedekad lalu kian dihargai, baik di Malaysia mahupun di Indonesia.

Kec4man, tak matang

Dek kerana terlalu lama ‘dikurung’ dan berada di rumah, Shima mengakui turut menjadikan media sosialnya sebagai platform utama dalam memastikan keberadaan dan kerelevanannya terus disedari.

Cuma kebelakangan ini, dia dikritik teruk dan dikec4m netizen gara-gara sering memuat naik kandungan video yang kurang sesuai dan tidak menunjukkan sisi kematangan seorang Baby Shima.

“Ya saya memang aktif dalam TikTok, Instagram, Facebook dan YouTube.

“Sekarang kalau nak buat apa-apa kandungan pun memang sedialah untuk dikritik netizen. Semuanya harus kena di mata mereka.

“Jadi pada saya, apapun hentaman atau kritikan yang dilemparkan, saya ambil benda itu sebagai satu input secara positif selagi mereka tidak menyentuh berkaitan soal peribadi dan keluarga.

“Lagipun saya cuma membuat kandungan yang ada mesej dan menghiburkan.

“Biasanya semua itu akan terlihat pada penghujung cerita. Pada saya, tak mengapalah mereka nak kritik atau kata saya tak matang sekali pun, itu hak mereka,” ujarnya.

BIARPUN karier seninya dikatakan tenggelam timbul, Shima berharap pandemik segera pulih dan dia dapat kembali meneruskan agenda karier yang tertangguh selama ini.

Jodoh, nanti-nantilah!

Tidak keterlaluan jika dikatakan kembara sedekad Shima dalam industri nyanyian hampir ke kemuncak kejayaan dan boleh dibanggakan.

Manakan tidak, dia satu-satunya penyanyi kelahiran Malaysia yang ‘diikat’ menjadi artis naungan syarikat rakaman terbesar Indonesia, Nagaswara hingga saat ini.

Semuanya boleh dikatakan sudah lengkap dan ada bagi seorang wanita muda melainkan perihal jodoh dan peneman hidup.

Akui penyandang trofi bagi kategori Pendatang Baru Dangdut Terpopular, Anugerah Dangdut Indonesia 2017 itu, dia belum ada masa dan ruang untuk memikirkan soal pernikahan.

“Buat masa ini, saya belum berminat dan terfikir untuk lekas-lekas menamatkan zaman bujang.

“Lagipun peluang cuma datang sekali dan inilah masanya untuk saya fokus dalam kerjaya yang saya cintai dan impikan selama ini.

“Bab jodoh atau pasangan hidup, nanti-nanti sajalah. Baru-baru ini pun Nagaswara dah sambung kontrak selama lima tahun dan itu menandakan semakin sibuklah aktiviti seni saya lepas ini,” tuturnya lantas menoktahkan kata-kata.

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Lifeツ

Sumber :https://bartasangbad.site/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *