Bermula dengan lukis rumput, diberi upah 50 sen… kini pemuda ini puas potret Ariana Grande menjadi!

BUKAN sekadar mengisi masa lapang sebaliknya aktiviti melukis dianggap sebagai terapi diri oleh jejaka ini.

Terbaharu, video dia yang menghasilkan lukisan wajah penyanyi antarabangsa Ariana Grande turut mencuri perhatian di aplikasi TikTok.

Menurut Muhammad Fahim Jefri, 22, proses itu tidak semudah yang disangka, malah ia memerlukan ketelitian tinggi agar karya dihasilkan dapat memberi kepuasan pada diri.

“Saya melukis Ariana kerana minat dengannya sejak zaman sekolah lagi. Sebenarnya sudah banyak kali saya lukis Ariana, tapi ia buruk… jadi saya pilih untuk tak pamerkan kepada orang.

“Proses melukis potret mengambil masa tiga ke empat jam. Memang susah, kalau ada nampak senget, mata besar sebelah, memang pantang saya… kena padam balik dan lukis semula.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Bukan senang nak lukis, nak ukur muka lagi. Berpandukan gambar di laptop, saya akan lukis sampai siap. Saya tak buat separuh jalan.

“Tak boleh berhenti dan sambung esok. Kalau dah buat, kena siapkan terus,” ujarnya yang mesra disapa Tim kepada mStar.

Antara hasil seni jejaka yang mesra disapa Tim.

Selain Ariana Grande, Tim turut melukis wajah Billie Eilish yang juga penyanyi kegemarannya dan video penghasilan itu turut dikongsi ke laman Instagram dan TikTok.

Tambah jejaka itu lagi, dia tak menolak rezeki seandainya lukisan yang dihasilkan dapat diserahkan kepada penyanyi itu suatu hari nanti.

Syukur ada kawan-kawan yang memberi motivasi kepada saya untuk terus berkarya.

TIM

Menurut penuntut bidang Komunikasi Massa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor itu, minat melukis dalam dirinya sudah bercambah sejak dia kecil lagi.

Ketika zaman sekolah, dia turut menghasilkan komik yang dibuat secara suka-suka untuk tatapan sendiri dan dijual kepada rakan-rakan terdekat.

“Saya suka seni, sebab masa umur empat atau lima tahun, mak bagi kertas kosong dan pensel. Pada waktu itu, saya cuma lukis rumput.

Tim minat melukis sejak kecil lagi.

“Kemudian jadi ketag1h nak melukis. Masa sekolah, saya suka buat komik anime dan jual kepada orang. Kadang-kadang kawan minta lukis, saya diupah 50 sen.

“Tapi saya tak pernah ambil upah melukis secara serivs. Saya takut lukisan tak jadi, tak yakin nak ambil duit. Takvt muka yang dilukis tak sama dengan muka sebenar,” ujarnya.

Tim merupakan penuntut UiTM Shah Alam.

Dalam pada itu, Tim juga bersyukur dengan sokongan ramai yang diterimanya dan berharap dapat pergi jauh dalam bidang itu.

“Tanpa sokongan kawan-kawan, pasti saya tak ke mana. Mereka selalu share lukisan saya, selalu puji dan beri sokongan.

“Sebagai pelukis, kita bukan melukis untuk kejar likes, tapi seronok bila orang beri sokongan dan suka dengan karya itu.

“Syukur ada kawan-kawan yang memberi motivasi kepada saya untuk terus berkarya,” ujarnya yang menetap di Damansara.

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *