Comelnya! Bermula dengan ‘gatal tangan’ nak guna mesin cetak 3D, anak peniaga pasar malam terkejut penutup ubat gigi Yoda, Shrek laku keras

MESIN cetak 3D selalunya digunakan untuk mencetak prototaip sebuah ciptaan sebelum dihasilkan dalam skala yang lebih besar.

Bagi pemuda ini pula, dia menggunakan mesin tersebut untuk menghasilkan penutup ubat gigi yang comel dan lucu apabila digunakan.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik oleh pemuda berkenaan, dia mencetak kepala karakter kartun dan dijadikan pengganti penutup ubat gigi.

Perkongsian video tersebut meraih hampir 200,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Pemuda berkenaan, Zamirul Zharul Wong, 21, berkata dia mula berminat dengan bidang 3D modeling ini sewaktu belajar di Universiti Multimedia Malaysia (MMU) pada tahun 2018.

Ketika itu, rakan sebiliknya, Muhamad Danial Yasir yang sebaya dengannya merupakan pelajar asasi jurusan 3D Modelling & Animation.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Semuanya bermula ketika saya mengambil pengajian asasi dalam bidang IT dan roommate pula bidang 3D Modelling & Animation di MMU Cyberjaya. Ada satu masa tu, Danial rehat sebentar daripada buat assignment dan saya pun gatal tangan duduk kat meja dia cuba buat 3D modelling.

“Kemudian dia pun guide la sikit-sikit, nak kena tekan apa dan sebagainya. Waktu itu saya rasa macam menarik juga 3D modelling ni sebab ia adalah ‘akar’ sebelum terjadinya ‘pokok’ yang membuahkan animasi, figura dan sebagainya. Ketika itu pula saya memang minat dengan animasi Jepun atau orang panggil anime.

“Kebetulan ada juga serba sedikit koleksi figura anime di rumah dan terdetik dalam hati ‘apa kata kalau saya print figura ni sendiri?‘. Masa tu la saya terfikir nak beli 3D printing machine ni.


Danial (kanan) yang banyak mengajar Zamirul tentang 3D printing.

“Saya akhirnya beli 3D printing machine ni pada awal tahun 2021, tapi belum pro lagi la nak buat model. Saya masih lagi menimba ilmu daripada kawan-kawan waktu belajar di MMU dulu,” katanya yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan.

Mesra disapa Zamirul, dia banyak merujuk video reviuw di YouTube tentang jenis mesin pencetak 3D dan bahan-bahan yang boleh digunakan untuk mencetak.

Dia juga mengakui ada beberapa permintaan yang tak dapat dilakukan kerana tiada model 3D di internet yang boleh dijadikan sebagai rujukan,

“Setakat ini, harga mesin ni yang paling murah saya pernah jumpa dalam lingkungan RM800. Tetapi saya beli yang berharga lebih kurang RM1,300 sebab banyak tengok YouTube dan orang buat review tentang mesin mana yang bagus untuk mereka yang baru nak mula menceburi bidang ini.

“Bahan yang digunakan ialah Termoplastik Poliester atau PLA dan harganya pula bergantung kepada jenamanya. Anggaran harga bahan PLA yang ada di luar adalah dalam RM40 hingga ke RM80.

“Untuk mesin saya, ia boleh menggunakan bahan lain daripada PLA iaitu Poliuretana Termoplastik (TPU),Polyethylene Terephthalate Glycol (PETG) dan Acrylonitrile Butadiene Styrene (ABS).


Antara hasil yang telah di cetak menggunakan mesin pencetak 3D milik Zamirul.

“Benda yang paling sus4h nak cetak ialah penutup siren untuk motosikal peronda polis sebab saya tak dapat ukuran benda tu secara fizikal dan tak jumpa model rujukan di internet.

“Kedua paling sus4h ialah mencetak model 3D hero daripada game Mobile Legends,” katanya yang memulakan perniagaan 3D model ini dengan hasil gajinya bekerja sebagai operator selama lapan bulan di sebuah kilang pada awal tahun 2020.

Anak sulung daripada dua beradik itu mula menjadikan minatnya sebagai sumber pendapatan sampingan apabila dia mula mendapat permintaan untuk menghasilkan penutup ubat gigi daripada pengguna di TikTok.

Selain penutup ubat gigi, Zamirul juga mencetak beberapa lagi barang seperti pemegang controller PlayStation, pemegang pengecas magnetik jam tangan pintar dan lain-lain.

“Sebelum masuk TikTok, saya cuma print barang untuk anime seperti pedang dan senjata. Kemudian saya ambil keputusan untuk mencuba nasib memulakan bisnes di TikTok.

“Saya mula dengan mencari model 3D yang percuma dan tiada cop copyright untuk dijual semula di laman web thingiverse. Saya cari dalam kategori ‘trendy’ dan terjumpa penutup ubat gigi tu.

Untuk permulaan bisnes jangan bandingkan modal permulaan tu sebagai perbelanjaan, tetapi anggaplah sebagai pelaburan.

ZAMIRUL ZHARUL WONG

“Saya pun cubalah mencetak penutup ubat gigi itu dan tak sangka ramai yang request selepas dah keluar di FYP TikTok. Disebabkan itulah, saya meneruskan beberapa siri cetakan penutup ubat gigi seperti Yoda, Ironman serta Shrek dan laku keras walaupun baru seminggu menjualnya di Shopee.

“Selain penutup ubat gigi, saya ada mencetak pemegang PlayStation controller, Apple Watch magnetic charger stand dan barang IKEA skardis pegboard sebab selalu kehabisan stok di kedai,” ujarnya yang kini bekerja di sebuah syarikat sewa kereta di Seremban 2.

Ibu bapanya Zanita Mohd Razalai, 42 dan Zharul Wong Abdullah, 65, memberikan sokongan penuh kepada Zamirul untuk berniaga dan berpesan agar jangan sesekali takut untuk mencuba.

Lebih-lebih lagi bapanya sudah lebih 20 tahun berniaga makanan di pasar malam sekitar Seremban.

Kedua ibu bapa Zamirul banyak memberi sokongan terhadap minat anaknya itu.

“Saya beritahu mak nak buat 3D printing tapi takvt tak menjadi sebab ini bukan bisnes pertama saya. Tetapi mak cakap buat je jangan takvt, selagi boleh tu buat je.

“Ayah pula memang sokong sebab dia memang peniaga dan dari hasil berniagalah dia menyara kami sekeluarga dari dahulu sampai sekarang.Tiada perkataan g4gal dalam mencuba, keg4galan itu berlaku hanya apabila orang tak mencuba.

“Untuk permulaan bisnes jangan bandingkan modal permulaan tu sebagai perbelanjaan, tetapi anggaplah sebagai pelaburan. Mindset permulaan itu penting, selebihnya kita kena usaha dan terus berusaha,” katanya.

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *