“Saya kasi anaklah” – [VIDEO] Hanya Ada RM 2, Warga Emas Tetap Bagi Duit Tolong Gadis Beli Minyak Motor

Kita semua sedar sejak w4bak pand3mik ni melanda dunia, makin ramai yang kehil4ngan mata pencarian. Ada yang diberhentikan kerja, ada yang terp4ksa menutup perniagaan mereka sebab tiada yang berbelanja.

Selain tu juga, ramai warga emas yang turut kelihatan masih mencari rezeki semata-mata untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka. Walaupun kebanyakan dari mereka hidup dalam keadaan sus4h, namun ramai daripada mereka mempunyai keperibadian yang perlu kita contohi.

Kerja penjaga lori.. Ada mas4lah pendengaran

Dalam satu perkongsian yang menjadi perhatian baru-baru ini, v1ral tindakan seorang warga emas ini yang boleh mengajar kita erti bahawa rezeki tak pernah sal4h alamat.

Menerusi posting yang dimuat naik oleh @fitry.care, menunjukkan situasi di mana gadis ini ketika itu membuat khidmat delivery di sekitar daerah Bentol di Tawau, Sabah. Namun secara tiba-tiba, motosikal dinaiki m4ti sebab kehabisan minyak lalu bertemu dengan seorang pakcik.

Pakcik tersebut yang bekerja sebagai penjaga lori, menanyakan kepada Fitry mengenai keadaan motosikalnya lalu memberitahu apa terjadi. Namun warga emas itu memberitahu bahawa dia kvrang dengar penjelasan Fitry, sebelum memakai alat pendengarannya.

Ada RM 2 untuk beli kuih.. Bagi untuk beli minyak

Beberapa ketika kemudian, Fitry yang terlvpa untuk bawa duit meminta pertolongan lelaki tersebut untuk meminjamkan RM 2 kepadanya. Tanpa berfikir panjang, dia terus periksa poketnya dan mengeluarkan wang tersebut.

Namun tanpa disangka, nilai RM 2 tu sajalah yang dimiliki olehnya tapi tetap berikannya kepada gadis tersebut. Menurut pakcik itu, duit tersebut untuk membeli kuih tapi dia tetap beri untuk Fitry beli minyak.Selepas itu, gadis berkenaan berjumpa kembali pakcik tersebut dan membalas jasanya dengan memberi wang yang berlipat ganda dari apa diberinya pada awal tadi. Terus senyum pakcik tu.

Posting menyentuh hati tersebut, sehingga kini telah meraih lebih dari 480k tontonan di TikTok.

“Klau dh kata sifat seorang ayah dia xkan berkira”

Menjengah ke ruangan komen, nyata situasi dikongsikan itu mengundang rasa seb4k pada rata-rata netizen yang melihat. Di samping itu juga, ramai yang menganggap tindakan pakcik tersebut betul seperti seorang ayah yang tak nak anaknya kesus4han .

Ahhh sed1hnya tengok.. Semoga urusan pakcik ni sentiasa dipermudahkan.

Sumber : lobakmerah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *