[VIDEO]Gelagat Anuar Zain Tuang Teh Tarik Di Kem Tabligh Cvri Perhatian

Sepotong video menjadi tvlar dalam platform Tik Tok apabila ia memaparkan aksi penyanyi solo legenda negara, Anuar Zain menuangkan teh tarik buat pelawak Nabil Ahmad.

Selain gaya bersahaja penyanyi Lelaki Ini tersebut menuangkan teh tarik buat Nabil sambil menyanyikan tersebut mencvri perhatian, lokasi keberadaan Anuar juga menjadi buah mulut.

Adik kepada penyanyi Ziana Zain tersebut dipercayai bersama sekumpulan jemaah belajar tabligh.

Berita itu disahkan oleh pengurusnya, Nana Ahmad sewaktu dihubungi Gempak sebentar tadi.

Video;

“Alhamdulillah, kita tunggu sehingga Anuar bersedia untuk kongsikan ilmu yang diperoleh.

“Sekarang ini pun dia masih dalam khuruj (meluangkan belajar agama). Kalau nak tahu lebih lanjut kita tunggu ia keluar dari Anuar sendiri ya, ujar Nana ringkas.

Sementara itu, Nana mengatakan penyanyi tersebut meminta jadualnya dikosongkan sehingga 14 September depan.

“Anuar minta cuti dari minggu lalu sehingga 14 September 2021. Tapi saya tidak begitu pasti untuk apa, jadi nanti kita tunggu penjelasan dia,” tambahnya lagi.

Menerusi video yang menyaksikan Anuar memakai baju biru itu, Anuar, 51, kelihatan gembira dan bergurau senda dengan Nabil bersama beberapa jemaah lain.

Selain Anuar dan Nabil, beberapa selebriti tempatan lain juga dilihat sedang mendalami ilmu agama.

Sumber : newzpower.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *