Isteri Kongsi Video Terbaru Mamat Sepah, Netizen Terkejvt Penampilan Semakin Kacak – “Pandai Kakak Polis Jaga”

Isteri kepada pelawak Mamat Sepah, Diana Ibrahim mencvri tumpuan ramai apabila berkongsi video terkini suaminya dengan penampilan yang semakin dijaga rapi.

Menerusi platform TikTok, Diana memuat naik sebuah video Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad, 36, untuk tatapan umum.

“Morning my beloved husband,” tulis Diana yang merupakan seorang anggota polis di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian berdurasi 19 saat itu, ramai wargamaya memuji penampilan Mamat yang kini semakin kacak sejak berumah tangga.

Di ruangan komen, rata-rata wargamaya terkejvt dengan imej terbaharu pelawak itu yang kini bermisai dan berambut pendek.

Malah, ramai juga yang mendoakan agar bahtera perkahwinan yang dibina pada tahun lalu kekal hingga ke akhir hayat.

“@.Syazwani.:Mamat dah hensem la lepas kahwin. Pandai sis jaga.”

“@Lianayana:Dah rupa Kamal Adli dah. Mamat sepah nie kan.”

“@user2022127258246:Betul la kan, kawen dengan orang cantik, auto jadi hensem Mamat ni.”

“@AtiqahNahar:Dah potong rambut dan berisi.. Pandai kakak polis jaga.”

“@The_Az:Betul la orang kata laki ni bila dah jadi laki orang memang hensem. Tapi jangan ris4u, saya bini orang. hahahaha. Btw, pandai sis jaga Mamat.”

“@lalalululili31:Nampak bahagia dia tu. Pandai awak jaga dia, sampai berisi dah dia. Semoga berkekalan hingga ke syurga Allah.”

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 215,000 tontonan daripada warga TikTok.

Sekadar info, Mamat dan Diana berkahwin pada 1 Mac 2020 di Kulai Johor. Semasa majlis pernikahan, Mamat tampil dengan imej berambut panjang.

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *