Kisah gadis teruja dapat hadiah birthday raih lebih 5 juta views! ‘Anak patung h4ram’ pemberian si dia jadi ikan keli gara-gara ‘dib3dah’ ibu

KEBANYAKAN gadis boleh dikatakan suka membeli atau menyimpan anak patung kerana ia sangat comel.

Begitu juga dengan gadis ini yang begitu teruja dan gembira ketika mendapat hadiah anak patung daripada seseorang.

Bagaimanapun kegembiraannya tidak lama selepas anak patung berkenaan bertukar rupa gara-gara ‘dib3dah’ oleh ibunya.

Kisah ‘sed1h ringkas’ tersebut dikongsi menerusi satu video yang dimuat naik di aplikasi TikTok yang sehingga kini meraih 5.6 juta jumlah tontonan!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Mak aku cakap h4ram! Dia potong hidung anak patung b*bi ni. End up (akhirnya) nampak macam ikan keli,” tulisnya pada perkongsian video tersebut.

Berkongsi kisah lucu tersebut, gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Qistina berkata, anak patung berkenaan dihadiahkan oleh seseorang sempena hari jadinya baru-baru ini.

“Kebetulan kami pergi ke sebuah pusat membeli belah untuk makan-makan. Kemudian masuk pula ke dalam sebuah kedai yang menjual barangan seperti hadiah dan cenderamata.

“Si dia minta saya pilih mana-mana anak patung sebagai hadiah. Pilih punya pilih, saya berkenan dengan satu anak patung ni. Dia beritahu, anak patung ni rupanya macam b*bi.

“Saya pun belek-belek dan ada juga rasa ragu-ragu dengan rupanya. Tapi fikir positif saja sebab tertarik dengan warna dan kegebuannya.

Qistina menerima anak patung berkenaan sebagai hadiah sempena hari jadinya.

“Bila balik rumah, saya pun teruja tunjuk kepada umi (ibu) dan beritahu patung tu hadiah sempena hari lahir. Elok je umi tengok, dia kata ‘tak ada anak patung lain dah ke nak beli?’. Umi suruh saya buang, sebelum dia sendiri yang buang atau buat sesuatu,” ceritanya kepada mStar sambil ketawa.

Gadis berusia 21 tahun ini berkata, dia sama sekali tidak menjangka ibunya akan ‘mengotakan janji’ dan benar-benar melakukan sesuatu kepada anak patung tersebut.

“Saya pergi kerja macam biasa keesokannya. Balik kerja, saya tak perasan lagi… siap rileks dan menonton filem. Umi pun biasa saja tak ada cakap apa-apa.

“Tak lama kemudian, saya dan si dia saja video call dan masa itu, si dia tanya pasal anak patung tersebut. Saya pun ambil dan masa tu memang terkejvt habis bila tengok rupanya.

Nak tergelak bila umi cakap ‘habis tu nak suruh malaikat tak masuk rumah?’. Saya gelak je bila tengok rupanya dah tukar jadi macam ikan keli.

QISTINA

“Hidung, telinga, tangan dan ekor anak patung tu dah kontot dan dijahit. Mesti umi yang buat masa saya pergi kerja siang tadi.

“Si dia pun cakap, kenapa tak ikut cakap umi supaya buang saja… nanti dia beli yang lain. Dia ris4u umi saya fikir bukan-bukan sebab dia yang hadiahkan.

“Selepas dah selesai video call, saya tanya umi kenapa potong. Nak tergelak bila umi cakap ‘habis tu nak suruh malaikat tak masuk rumah?’. Saya gelak je bila tengok rupanya dah tukar jadi macam ikan keli,” ceritanya yang bekerja sebagai cef di sebuah restoran di Kota Bharu, Kelantan.

Menurut Qistina, dia sama sekali tidak menyangka video yang dikongsi sekadar suka-suka meraih jumlah tontonan yang begitu tinggi.

Qistina (tiga, kanan) merupakan seorang cef di sebuah kafe.

“Ramai yang komen video tu kelakar sangat. Tapi biasalah, ada juga segelintir yang cakap saya yang sengaja potong anak patung tu demi content. Saya nak jelaskan, memang saya tak ada niat nak buat content atau apa-apa pun.

“Saya kongsi sebab memang kelakar. Saya anak bongsu daripada empat beradik dan satu-satunya yang belum kahwin. Sebab tu umi memang betul-betul peka dan jaga anaknya ni.

“Bila jadi macam ni, saya dah tahu dan takkan ulangi benda yang umi tak suka. InsyaAllah, mungkin saya akan buat satu video bersama umi agar mereka yang s4lah faham tu dapat tahu cerita sebenar,” katanya lagi.

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *