Muncul Khabar Angin Fizo Omar Nikah 21 Oktober Ini, Bek4s Isteri Doakan Yang Terbaik – ‘Semoga Lebih M4tang Dari Segi Keputusan’

Tak ada angin, masakan pokok bergoyang. Itu peribahasa yang sesuai apabila muncul desas-desus yang mengatakan pelakon Fizo Omar bakal menamatkan zaman dvda pada 21 Oktober ini.

Bek4s isteri usahawan tersebut iaitu Mawar Abdul Karim mengakui Fizo ada memberitahu dia sedang berkawan dengan seseorang dan serius dengan perhubungan itu.

Kata Mawar, 32, Fizo juga pernah menyatakan hasratnya untuk berkahwin tahun ini tetapi tidak dikongsikan tarikh.

Dia memang ada beritahu sedang berkawan dan serivs dengan seseorang. Dia ada cakap nak kahwin, tapi tak tahu bila.

Soal bila nak kahwin tu, dia hanya kata tahun ini dan dalam perancangan tapi tak tahu bila. Kira okaylah dia beritahu saya.

Doakan yang terbaik

Dalam pada itu, Mawar turut mendoakan yang terbaik buat bek4s suaminya itu jika apa yang diperkatakan itu benar.

Dia cakap lama dah soal ini. Saya kata okay dan syukur. Jadi, saya doakan yang terbaik buatnya. Semoga dapat belajar dari kes1lapan, lebih mat4ng dari segi keputusan. Sekali lagi, kita doakan yang terbaik.

Usaha OhBulan! untuk mendapatkan kenyataan daripada pemilik nama Wan Hafizol Wan Omar tidak berjaya apabila kiriman mesej yang dihantar tidak dibalas.

Terdahulu, Fizo dan Mawar berc3rai tal4k satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.

Mereka memiliki seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

Sumber : ohbulan.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *