‘Nak hidup, m4ti dengan awak seorang’, ucapan ‘sweet’, romantis Kamal buat Uqasha

“Saya tak mahu kehilangan awak sayang.”

Ungkapan romantis tersebut merupakan bait kata yang  terkandung dalam sekeping kad khas daripada seorang artis terkenal , Kamal Adli yang dimana ditujukan buat Uqasha Senrose sempena majlis parti bujang atau lebih dikenali sebagai ‘ bridal shower ‘ khusus buat bakal isterinya malam semalam.

Berdasarkan perkongsian Uqasha dalam InstaStorynya, Kamal Adli atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 35, ungkapan romantis yang terkandung dalam kad tersebut telah memberi sebuah makna yang mendalam, dimana kehadiran Uqasha  dalam kehidupannya merupakan satu perkara yang indah dan takkan mampu dilupakan olehnya hingga hujung ny4wa .

“Sayang, saya sangat mencintai awak. Awak sangat cantik!

“Awak terbaik dan perkara paling hebat yang pernah saya lalui dalam hidup,” tulis Kamal dalam kad tersebut.

Tambah pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad itu, dia juga tidak sanggvp untuk kehil4ngan wanita yang sangat  dicintainya iaitu Uqasha Senrose.

“Saya tak mahu kehil4ngan awak sayang. Kita pasti boleh hadapi semua ini.

“Nak hidup dan mati dengan awak seorang. Saya sangat sayangkan awak,” katanya lagi.

Malam tadi, Uqasha diraikan oleh ahli keluarga dan rakan terdekat dalam sebuah majlis parti bujang bertemakan gaya Sepanyol di sebuah kediamannya di ibu negara.

Sejak Isnin lalu juga, khabar angin  mengenai majlis pernikahan pasangan tersebut yang dijangka akan  berlangsung pada minggu ini semakin bertiup kencang setelah Kamal Adli selesai menjalani sesi mengukur baju di beberapa butik jenama popular.

Selain itu, sebuah majlis ‘ bridal shower ‘ yang dianjurkan Uqasha Senrose untuk kawan-kawannya pada malam Selasa lalu juga turut menguatkan lagi spekvlasi tersebut.

Bagaimanapun, sehingga hari ini, kedua-duanya masih tidak berkongsi lanjut mengenai tarikh majlis hari bahagia mereka.

Sumber : Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *