“Berhij4b Di Tempat Umum, Free Hair Bila Dah Halal..” – MK Beri Hint Bakal Tamatkan Zaman Bujang?

Anggota kumpulan K-Clique, MK mencvri perhatian ramai apabila memaklumkan lebih memilih wanita berhijab sebagai pasangan hidup.

Menurut satu temubual santai yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, MK atau nama lengkapnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 25, ditanya soalan mengenai ciri-ciri wanita idamannya sama ada yang bertudung atau tidak.

“Berhij4b apabila di khalayak ramai atau di tempat umum, free hair nanti bila dah halal dengan saya ya,” ujar MK.

Malah apabila ditanya adalah dia sudah ingin menamatkan zaman bujang, pelantun lagu Haa Tepok itu menjawab:

“Insyallah”.

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut)


Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya tertanya-tanya siapakah wanita yang telah berjaya menawan hati penyanyi rap tersebut.

Tidak hanya itu, ada juga yang sudah bersiap sedia untuk p4tah h4ti jika Mk bakal berkahwin tidak lama lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 200,000 tontonan daripada pengikutnya.

Komen Netizen:

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *