“Persiapan Pun Berjalan Lancar Dan…,” Tahniah! Ayie Floor 88 Sahkan Bakal Bernikah Bulan Ini

Tahniah diucapkan buat penyanyi kumpulan Floor 88, Ayie Elham, 24, yang bakal melangsungkan pernikahan dengan tunang tersayang, Nur Natasha Ahmad Nawawi, 23, pertengahan bulan ini.

Menurut Ayie atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah, majlis tersebut bakal diadakan secara kecil-kecilan dengan dihadiri anggota keluarga kedua belah pihak.

“Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan buat kami. Persiapan pun berjalan lancar dan kami turut mendapat tajaan daripada Hansmin Couture untuk baju nikah nanti.

“Kami memang rancang untuk sekadar langsungkan akad nikah dengan disaksikan keluarga saja. Tiada majlis atau keraian apa-apa kerana kami mahu mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Kami turut memaklumkan kepada saudara atau rakan terdekat bahawa kami tidak dapat menjemput mereka disebabkan SOP itu,” katanya yang sudah bersedia menempuh fasa baru dalam hidup.

Metro turut memaklumkan, Ayie dan bakal isteri tidak merancang untuk berehat daripada bekerja setelah selesai bernikah kelak.

” Selang beberapa hari setelah majlis nikah itu nanti, saya dan kumpulan Floor 88 ini akan sibuk dalam bagi penggambaran muzik video yang terbaru iaitu pengeluaran tiga lagu baharu kami. Saya pun turut terbabit dengan program travelog dan telemovie.

“Memang jadual agak padat sehingga hujung tahun selepas dibenarkan kembali bekerja. Apapun, saya tetap akan mencari masa senggang bersama isteri bagi meluangkan masa bersama sebagai pengantin baharu nanti,” katanya.

Untuk rekod, Ayie dan pasangan bertunang pada 2 Januari lalu.

Mereka juga bekerjasama sebagai rakan kongsi untuk perniagaan restoran Ayie Elham Cafe di Setapak, di sini.

Sumber : news131media.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *