Rezeki AishaHanim tunai umrah semasa pand3mik, ikut saluran betul masuk Arab Saudi – “Ini semua atas izin Allah… bukan buat j4hat”

PELUANG mengerjakan umrah ketika dunia berdepan pand3mik C0v1d-19 merupakan momen terindah yang tidak boleh dilupakan oleh penyanyi duo AishaHanim.

AishaHanim yang dianggotai oleh saudara kembar, Syazara Aisha dan Hanim Fariza diberi kesempatan menunaikan ibadah itu semasa berada di Arab Saudi bagi urusan perniagaan pada 19 September lalu.

“Mulanya kami berdua pergi ke sana kerana ada urusan perniagaan, jemputan business partner di Arab Saudi berbincang mengenai projek akan datang. Memang niat asal nak selesaikan kerja yang tertangguh sebelum ini.

“Bila dah sampai sana kami tak lepaskan peluang buat umrah sekali… rasa nak men4ngis bila dapat rezeki ke tanah suci, Alhamdulillah kami dapat buat 10 kali umrah, sekali untuk diri sendiri dan selebihnya badal umrah.

“Kita ikut prosedur yang betul, ambil visa atas urusan perniagaan, jadi tak ada isu untuk sampai ke sana… mungkin orang tak faham jadi kita kena terangkan supaya mereka jelas tentang perjalanan kami ke sana, cumanya dah alang-alang sampai kita ambil la masa buat umrah sekali,” kata Aisha kepada mStar.

AishaHanim ambil peluang tunai umrah semasa berada di Arab Saudi untuk urusan perniagaan.

Menyedari mungkin akan ada pihak mempertik4ikan mengenai tindakan mereka merentas negara ketika pand3mik C0v1d-19, Aisha memohon netizen memandang hal ini dari sudut positif.

Tambahnya, peluang dan rezeki yang diterima itu atas keizinan Allah dan bukannya untuk tujuan berseronok.

Peluang buat tawaf dengan jumlah jemaah yang tak ramai merupakan satu momen cukup menarik yang tak pernah saya lalui sepanjang beberapa kali tunaikan umrah!

AISHAHANIM

PENYANYI

“Kita buat baik pun orang akan kata, buat j4hat pun kena… jadi tak perlulah kami terlalu fikir apa kata orang, yang penting kita tahu apa kita buat ni benda baik.Usah pandang sudut neg4tif sahaja.

“Semua syarat-syarat yang mereka minta kita penuhi, jadi tak ada isu sebab memang asalnya atas urusan perniagaan. Apa-apa pun ini semua izin Allah, kalau Allah tak izin kami tak sampai juga.

“Bukan kami sahaja yang ada urusan dan kenalan di Arab Saudi, orang lain pun ada. Lagipun niat kita baik nak buat ibadah, Alhamdulillah kami diberi rezeki itu dan semua dipermudahkan. Syukur Ya Allah,” ujarnya yang kini sedang menjalani kuar4ntin sejurus tiba di Malaysia pada 3 Oktober lalu.

AishaHanim bergambar semasa di Gua Hira.

Berkongsi mengenai situasi di sana, penyanyi lagu Leka ini memberitahu suasana sekitar kota Makkah tenang dengan kawalan keselamatan yang ket4t.

“Jemaah di sana sangat menjaga prosedur operasi standard (SOP), kawalan cukup ket4t… jadi kita pun yakin tindakan kerajaan mereka mengawal penvlaran w4bak C0v1d-19. Rasa selamat saja, kalau l4nggar SOP kena kompaun 1,000 riyal.

“Peluang buat tawaf dengan jumlah jemaah yang tak ramai merupakan satu momen cukup menarik yang tak pernah saya lalui sepanjang beberapa kali tunaikan umrah sebelum ini.

“Kali ini saya betul-betul gunakan peluang itu sebab kita rasa lebih menghargai peluang dan rezeki ini… semestinya kami tak sia-siakan,” ujarnya.

AishaHanim guna saluran betul sebelum memasuki Arab Saudi.

Bercakap mengenai karier seni, AishaHanim bakal muncul dengan lagu berkonsepkan dakwah hujung tahun ini.

“InsyaAllah, kami bakal keluarkan lagu mengenai dakwah dan perjuangan Islam tidak lama lagi… ada dua komposer terkenal hasilkan lagu untuk kami.

“Mungkin dua lagu akan dilancarkan sekali, proses rakaman bakal bermula. Tak sabar nak hiburkan peminat yang dah lama menanti buah tangan dari kami,” kata Hanim.

AishaHanim sebelum ini dikenali sebagai penyanyi runut bunyi drama.

Lagu nyanyian mereka berjudul Angkara menjadi siulan peminat apabila diangkat menjadi lagu tema drama Bukan Gadis Biasa yang bersiaran di TV3 tahun lalu.

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *