[VIDEO] Ditanya Mengapa Kahwin Awal, Budak SPM Jawab: ‘Buat Kerja Sekolah Ada Orang Teman’

Ungkapan kalau dah jodoh tak ke mana! sering kali kita dengar apabila bercakap soal jodoh. Walaupun, mempunyai perbezaan dari segi umur dan sebagainya perkara tersebut sama sekali tidak menjadi penghalang asalkan pasangan ini mampu menempuhi halangan tersebut bersama.

Jawab soalan netizen

Seperti video yang trending di laman TikTok, dikongsikan seorang g4dis dikenali sebagai Akma.Nasri tampil menjawab soalan yang diajukan oleh netizen yang bertanyakan mengapa dia berkahwin pada usia yang muda. Susulan daripada itu, g4dis ini tampil menceritakan kelebihan berkahwin pada usia muda.

Kenapa kahwin awal sangat, enjoy lah dulu.

Buat kerja sekolah ada orang teman, buat apa semua dapat pahala, nak keluar p mana pun tak ada orang marah, ada orang selalu merap, dan bila takut ada orang teman.

Hasil tinjauan pihak OHBULAN! di laman Instagram pasangan ini, mendapati g4dis ini baru sahaja berusia 17 tahun manakala, suaminya berusia 19 tahun dan mereka selamat disatukan pada 22 Mei yang lalu, semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Video:

Alhamdulillah selamat jadi isteri kepada Muhammad Irwan Fahmie yang sah. Thank you sayang dah halalkan saya dan tunaikan janji. Harap awak boleh jadi suami yang terbaik untuk saya dan didik saya ke jalan yang benar. Saya sayang awak suami. #PengantinPKP

Menerusi video lain yang dikongsi, difahamkan gadis ini sedang h4mil. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja dengan kisah pengantin muda ini dan pada masa yang sama menitipkan doa semoga urusan mereka dipermudahkan.

Komen netizen:

Sumber: Oh bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *