Budak Ini Miliki Nama Terpanjang Dengan 19 Perkataan, Tapi Makna Disebaliknya Sangat Mengejutkan

Seorang kanak-kanak yang dilahirkan pada 2019 pernah menggemp4rkan media sosial apabila diberi nama terpanjang yang mengandungi 19 perkataan.

Rangga Madhipa Sutra Jiwa Cordosega Akre Askhala Mughal Ilkhanat Akbar Sahara Pi-Thariq Ziyad Syaifudin Quthuz Khoshala Sura Talenta yang kini berusia 3 tahun bagaimanapun mempunyai nama panggilan yang terdiri daripada 5 huruf sahaja iaitu Cordo.

Menurut laporan Detik.com, si ayah, Arif Akbar, 29, mendedahkan bahawa nama yang dipilih itu mempunyai maksud yang tersendiri dimana ia mempunyai kaitan dengan tokoh-tokoh besar dalam Dunia Islam.

Kata si ayah, ia merupakan satu doa dan berharap anaknya itu membesar menjadi manusia hebat seperti tokoh-tokoh Islam berkenaan.

”Maknanya, anak ini (berharap) akan menjadi tokoh besar dunia suatu hari nanti. Seorang yang tidak berfikiran lokal, sempit atau terkebelakang.

”Tetapi berwawasan global, sekaligus mempunyai keinginan dan kuasa untuk merealisasikan impian besarnya. Lelaki yang kuat tetapi mempunyai jiwa yang lembut juga,” kata si ayah ketika mengulas makna disebalik nama anaknya itu.

Menurutnya lagi, pemilihan nama itu dibuat melalui perbincangan dengan ayah saudaranya yang merupakan seorang budayawan tempatan.

Komen netizen:

Sumber: SK via Detik.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *