Comel sangat ni! Mula bertudung sejak usia 10 bulan, jangan terkejvt si cilik ini dah ada koleksi tudung sendiri

“COMELNYA dia!”

Itulah s4lah satu komen yang dilontarkan warganet pada video seorang kanak-kanak perempuan yang berhijab.

Menerusi video yang dikongsikan oleh ibunya itu, dapat dilihat kanak-kanak itu bergaya sambil memakai tudung beraneka jenis dan corak.

Berkongsi cerita kepada mStar, Nur Hidayah Alias, 25, tidak menyangka ramai yang suka melihat anaknya, Nur Annasya Mardhiyyah Mohamad Sobrie, 2, memakai tudung.

Video yang dimuat naik wanita berkenaan mencecah hampir 1 juta tontonan di aplikasi TikTok.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Kisahnya Annasya nak pergi klinik hari tu untuk pemeriksaan bulanan, saya pun macam biasa la pakaikan dia tudung.

Setiap tudung yang dipakai oleh Annesya dijahit oleh ibunya sendiri.

“Sebab anak saya ni memang dah biasa pakai tudung kalau nak ke mana-mana. Waktu dah sampai di klinik saya rakam video dia makan cokelat dan muat naik ke TikTok.

“Tak sangka pula masuk FYP (For You Page), dan ada yang bertanya sejak umur berapa Annasya pakai tudung,” katanya yang menetap di Manir, Kuala Terengganu.

Mesra disapa Eiyda, katanya, anaknya tiada masalah untuk memakai tudung kerana sudah terbiasa memakai cekak rambut sejak bayi lagi.

Tambahnya lagi, dia menjahit sendiri kesemua tudung Annasya mengikut saiz kanak-kanak.

“Saya mula pakaikan tudung pada Annasya masa raya tahun 2020, ketika itu umur dia baru je 10 bulan. Saja nak mencuba sebab itu merupakan tahun pertama kami beraya dengan anak.

Eiyda (kanan) cuba memakaikan anaknya tudung sewaktu tahun pertama mereka beraya bertiga.

“Awal-awal pakaikan tudung tu ada la juga dia cuba nak tarik. Tapi sebab sebelum pakai tudung, saya dah biasa pakaikan Annasya headband dan dia pun sudah terbiasa. jadi tak timbul mas4lah.

“Biasanya saya beli saiz dewasa dua helai, satu untuk saya dan sehelai lagi untuk Annasya. Kemudian saya akan potong dan jahit sendiri ikut ukuran bawal saiz dia, sekarang dah ada 15 helai tudung dalam koleksi,” katanya yang bekerja sebagai pembantu tabika di Terengganu.

Walaupun Eiyda memakaikan anaknya tudung seawal usia 10 bulan, keluarganya tidak menentang keputusannya itu.

Dia juga menitikberatkan keselesaan anaknya jika cuaca ketika itu tidak sesuai untuk Annasya berhijab.

“Alhamdulillah setakat ni saya terima komen postifif sahaja bila orang tengok Annasya bertudung walaupun usianya masih kecil.

Jadi bila dah besar nanti mereka akan terbiasa kalau kita pakaikan apa-apa di kepala.

NUR HIDAYAH ALIAS

“Kedua-dua belah keluarga pun terima sahaja bila tengok saya pakaikan anak tudung.

“Selalunya dia akan bertudung bila keluar sahaja, tetapi kadang-kadang kalau cuaca panas tu saya tak pakaikan. Sebab kesian takvt dia kep4nasan sangat nanti,” tambahnya.

Menurut anak kedua daripada 10 beradik itu, kanak-kanak akan terbiasa memakai aksesori di kepala jika diajar sejak kecil.

Jelasnya lagi, ia juga akan menjadikan proses untuk menutup aurat sepenuhnya lebih mudah apabila kanak-kanak itu semakin membesar.

“Kalau nak ajar anak pakai tudung, mungkin boleh perlahan-lahan pakaikan sesuatu di atas kepala mereka waktu usia dua atau tiga bulan.

Eiyda mula memakaikan aksesori di kepala Annesya sejak kecil lagi.

“Jadi bila dah besar nanti mereka akan terbiasa kalau kita pakaikan apa-apa di kepala.

“Dah dewasa sikit nanti boleh la pujuk mereka untuk bertudung, orang sekeliling pun kena la tunjuk contoh yang sama supaya anak tak rasa ter4sing,” katanya.

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *