[VIDEO] “Dengar Sebelah Kanan Je, Rasa Pen1ng & Berpusing,” Telinga Kiri & Hidung Elyana Ada Mas4lah

Penyanyi Elyana memaklumkan dirinya baru selesai menjalani sesi kem0terapi kali kedua dan sudah dibenarkan pulang pada hari ini.

Bagaimanapun, tambahnya, raw4tan susulan dilakukan terhadap mas4lah telinga kirinya yang sudah berlarutan sejak bertahun-tahun.

Melalui raw4tan awal, pelantun lagu Kalis Rindu itu diberikan ubat titis dan terp4ksa tidur secara mengiring.

“Saya perlu tidur mengiring kerana jurur4wat baru sahaja titikkan ubat dalam telinga sebelah kiri ini. Telinga saya sudah bertahun-tahun bermas4lah serta hidung saya juga.

“Jadi, semalam pakar telinga dan mulut datang periksa. Dia memberi ubat titik dahulu.

“Dalam beberapa hari saya kena datang janji temu untuk membuat pemeriksaan lebih lanjut untuk bahagian telinga dan hidung,” katanya menerusi hantaran video di Instagram Stories.

Video:

Dalam perkembangan sama, Elyana perlu berjumpa dengan pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) bagi pemeriksaan susulan permas4lahan yang dialaminya beberapa hari lagi.

Malah, Elyana dibekalkan ubat khas untuk rawatan telinganya yang perlu dititiskan sendiri dua kali sehari.

Masalah yang dialami itu menyebabkannya hilang imbangan badan dan kerap pening.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elyana Emrizal (@elyanaofficial1)


“Selama ini pernafasan dan pendengaran saya memang tidak berapa jelas sangat. Saya rasa pening dan berpusing.

“Tak dengarlah, memang tidak. Dengar sebelah kanan sahaja, tidak seimbang. Nafas pun sama perlu periksa,” tambahnya.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *