Lebih 10 kali stop sebab ‘p4ncit’, maka terjadilah drama tarik tangan! Akauntan baru 2 kali hiking p4srah dis3ret abang pr1hatin

AKTIVITI hiking atau mendaki bukit bukan sahaja mengvji ketahanan m3ntal dan fizikal seseorang, malah turut mengvji kesabaran rakan atau orang sekeliling.

Begitulah yang dialami seorang gadis yang melakukan aktiviti outdoor itu bersama abangnya.

Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok yang menjadi tvlar, si abang dilihat menarik tangannya sambil mendaki cenuram dengan pantas.

“Abang aku sebenarnya dah tak kuasa nak tunggu aku yang asyik berhenti sebab tak larat. Jadi dia s3ret je aku,” tulisnya secara berseloroh.

Berkongsi pengalaman, Siti Sarah Shahira Sheikh Mohd Suhaimi berkata, dia melakukan aktiviti mendaki di Bukit Besi, Alam Damai di Cheras, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Gadis berusia 26 tahun itu memberitahu, dia menyertai aktiviti tersebut bersama abangnya, kakak ipar, adik perempuan dan anak saudara perempuannya.

“Dah lama tak keluar sebab PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), ini baru nak cuba-cuba hobi baru. Kami terikut kakak ipar yang dari sebelum kahwin memang kaki hiking.

“Pertama kali dua minggu lepas hiking di Bukit Gasing, Petaling Jaya. Dua kali hiking bersama abang,” katanya kepada mStar.

Sarah baru berjinak-jinak dengan aktiviti hiking.

Sarah berkata, tindakan abangnya yang berusia 30 tahun, Sheikh Mohamad Syazwan seperti yang dapat dilihat dalam video itu disebabkan dirinya yang kerap berhenti sepanjang pendakian.

“Saya yang paling cepat ‘p4ncit’ (p3nat), bukit tu pula banyak cerun dan ini baru kali kedua hiking. Itu yang lambat sikit. Lebih 10 kali juga saya berhenti, duduk dan minum air.

Dalam teg4s, abang seorang kelakar. Suka bergurau dan meny4kat. Abang seorang family man. Dia akan dahulukan keluarga

SITI SARAH SHAHIRA

“Bila saya berhenti, lain-lain kena tunggu. Abang memb3bel sebab lambat sangat dan asyik berhenti. Bila ada orang lain sampai ke lokasi kami berhenti, kami bagi mereka jalan dulu.

“Video tu pendek je, sebenarnya lama juga abang tarik tangan saya dan jalan sama-sama. Antara lima ke 10 minit,” ujarnya yang berasal dari Shah Alam, Selangor.

Abang (kiri) dan isteri.

Menurut anak kelima daripada enam beradik itu, abangnya yang bertugas sebagai jurutera tidaklah g4rang seperti yang disangka, sebaliknya mempunyai stamina yang kuat.

“Abang tak g4rang, cuma stamina dia kuat. Lelaki pula tu. Dia memang kaki gim, selalu bersenam dan berjoging. Memang fit badan dia.

“Lagipun abang ada target masa yang perlu dia capai untuk sampai ke puncak. Sebab tu abang tak boleh tunggu lama-lama dan saya pula asyik nak berhenti rehat,” kata Sarah yang bersyukur mereka melengkapkan misi pendakian naik hingga turun selama kira-kira dua jam.

Hiking dijadikan akiviti bersama pada hujung minggu.

Sarah yang merupakan seorang akauntan berkata, meskipun telah berkahwin dan bergelar bapa kepada tiga cahaya mata, abangnya tetap menjadi pelindung kepada adik-adiknya.

“Abang saya seorang yang ambil berat terhadap adik-adik dan overprotective. Kalau saya dan adik keluar malam, dia selalu pesan ‘Jalan balik lambat… kalau balik lambat nanti siap!

“Tapi dalam teg4s, abang seorang kelakar. Suka bergurau dan meny4kat. Abang seorang family man. Dia akan dahulukan keluarga,” katanya.

Mengenai drama ‘tarik tangan’ ketika hiking, Sarah bagaimanapun tidak ser1k untuk melakukan aktiviti hiking bersama keluarganya, namun perlu kerap bersenam untuk membina stamina.

“Saya baru mula hiking memang mudah p3nat dan rasa s4kit di kaki. Tapi abang pula p3nat tangan. Dia kata makin sado kalau tarik tangan saya setiap kali hiking,” ujarnya secara berseloroh.

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *