Video naik pesawat ke Langkawi sambil makan scone buat ramai ‘tert1pu’, tak sia-sia pemuda ini keluar masuk kedai hardware!

SEJAK kerajaan melaksanakan projek perintis gelembung pelancongan (bubble travel) di Pulau Langkawi pada pertengahan September lalu, kebanyakan rakyat yang sudah menerima sunt1kan lengkap tidak mahu melepaskan peluang untuk bercuti ke pulau legenda itu.

Jika ditelusuri di media sosial, ramai yang membuat perkongsian sama ada foto mahupun video sepanjang percutian mereka.

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, tvlar satu video menunjukkan seorang wanita sedang asyik menikmati scone di tepi tingkap pesawat ketika dalam ‘penerbangannya’ ke Langkawi.

“Yeay dah fully vaccinated… ke Langkawi la kita,” tulis kapsyen pada video berkenaan yang sehingga kini meraih 223,000 jumlah tontonan.

Namun hakikatnya wanita tersebut hanya berdiri di tepi skrin televisyen yang berlatarkan pemandangan dari ketinggian puluhan ribu kaki, manakala penutup mangkuk tandas pula digunakan untuk menampakkannya seperti tingkap pesawat sebenar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Berkongsi cerita dengan mStar, Muhammad Naim Hafiz Ghazali berkata video tersebut dibikin sebagai konten TikTok dan dalam masa yang sama mempromosikan scone yang dihasilkan syarikat tempatnya bekerja, Miqo’s HQ.

“Saya merupakan seorang content creator dan tugas saya adalah menghasilkan content secara konsisten untuk media sosial kami terutama TikTok.

“Konsep idea ini diinspirasikan daripada video pengguna TikTok dari China namun saya dan pembantu, Nur Liyana A’tifah mengolahnya untuk nampak lebih unik dan ada unsur ‘plot twist’.

“Kami brainstorm dan kebetulan ketika ini trending ramai pergi bercuti di Langkawi. Jadi video ini ada kaitan dengan situasi sekarang,” ujar pemuda berusia 21 tahun ini.

Antara tulang belakang di sebalik pembikinan video untuk Miqo’s Hq iaitu Naim (kiri), Yana dan Nora.

Bercerita mengenai proses pembikinan video berkenaan, pemuda yang senang disapa sebagai Naim ini berkata, sungguhpun tidak mengambil masa yang lama namun ia tetap mempunyai cab4ran tersendiri.

“Sebenarnya banyak kali ‘take’ juga. Ada masanya lighting tak jadi, tak boleh tahan tergelak dan macam-macam lagi. ‘Take’ yang terakhir barulah okay.

“Tapi sebenarnya, part paling menc4bar adalah nak cari penutup mangkuk tandas. Saya terp4ksa masuk beberapa kedai hardware semata-mata nak cari penutup mangkuk tandas yang sesuai agar nampak macam tingkap pesawat yang real,” ujarnya yang juga penuntut jurusan Komunikasi Massa (Pengiklanan) di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Kami brainstorm dan kebetulan ketika ini trending ramai pergi bercuti di Langkawi. Jadi video ini ada kaitan dengan situasi sekarang.

MUHAMMAD NAIM HAFIZ GHAZALI

Bercerita lebih lanjut, menurut Naim, syarikat tempatnya bekerja ditubuhkan pada Januari lalu, hasil usahasama antara abangnya dan seorang rakan kongsi yang juga pakar dalam bidang kulinari.

Dalam tempoh 10 bulan penubuhannya, Naim berkata mereka kini mempunyai 341 stokis dan mini stokis di seluruh negara.

“Selalunya kalau nak makan scone yang sedap, orang akan pergi ke Cameron Highlands. Tak ramai yang hasilkan scone. Kami cuba memenuhi keinginan ramai dan dalam masa yang sama, mahu bantu suri rumah khususnya, menjana pendapatan sampingan sebagai ejen,” katanya lagi.

Miqo’s menghasilkan variasi scone dan kini mempunyai 341 stokis dan mini stokis seluruh negara.

Dalam pada itu, Naim berkata dia sama sekali tidak menyangka video hasil idea bersama pembantunya meraih jumlah tontonan yang tinggi di aplikasi TikTok.

“Saya baru bekerja pada September lalu… kiranya baru sebulan. Alhamdulillah, bila video ini v1ral, ia merupakan permulaan yang sangat baik untuk saya.

“Target syarikat, kami nak kumpul 500 followers dalam sebulan. Syukur… selepas v1ral, followers di TikTok naik hampir 1,000.

“Tapi secara tak langsung ia juga meletakkan satu tanda aras untuk team content creator tampil dengan video yang menarik selepas ini,” katanya lagi.

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *