“Serba boleh dia ni,” [VIDEO] Dwayne ‘The Rock’ Johnson kini seorang rapper!

“If you smell, what The Rock is cooking”

Itulah kata-kata keramat bagi peminat sukan gusti sejak dua dekad yang lalu.

Kata-kata ini diungkapkan oleh ahli gusti terkenal iaitu The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Douglas Johnson.

Pada ketika itu, The Rock merupakan satu ikon yang cukup terkenal di dalam dunia WWE (World Wrestling Entertainment) dan mempunyai peminat hampir di seluruh dunia.

Walau bagaimanapun, The Rock telah meninggalkan WWE dan mula berjinak di dalam dunia Hollywood.

Baru-baru ini, nama The Rock sekali lagi mencvri perhatian ramai, apabila mula menjejak langkah memasuki industri muzik.

Dia tampil dalam muzik video lagu berjudul Face Off, yang dinyayikan oleh Tech N9ne, dan gandingan dengan Joey Cool serta King Iso.

Video penuh:

Rata-rata warganet kagum dengan nyanyian The Rock, dan ada yang berseloroh bahawa bekas bintang WWE itu ‘serba boleh’.

Komen netizen:

Sumber: Youtube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *