Ajakan Duet Dengan Beberapa Nama Artis Dit0lak, Noraniza Idris Sedar Diri

PETALING JAYA – Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris mengakui sedikit ters3ntuh apabila ‘lamarannya’ untuk berkolaborasi dengan beberapa nama artis ditolak atas alasan yang tertentu.

Noraniza Idris atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Ani berkata, dia pernah berhasrat untuk bekerjasama dengan beberapa barisan nama artis yang dikenali hari ini untuk menghasilkan single duet, namun cadangan tersebut dit0lak oleh artis terbabit.

“Ada beberapa nama artis yang pernah saya lontarkan cadangan untuk berkoborasi namun dit0lak dengan cara yang baik ”

“Saya cuba untuk bersangka baik meskipun hati sedikit ters3ntuh. Tidak mengapa kerana mungkin mereka juga punyai perancangan sendiri dalam dunia nyanyian masing-masing. Saya pun sedar bahawa siapalah diri saya ini,” katanya ketika ditemui di Majlis Menandatangani Perjanjian MOU antara Noraniza Idris Venture Sdn. Bhd. Dengan C2JOY di PNB Perdana Hotel & Suite, KLCC, semalam.

Dalam pada itu juga, pelantun lagu Awallah Dondang itu berkata, dia tidak pernah akan serik kerana menganggap perkara yang dialaminya itu (dit0lak untuk bekerjasama) sebenarnya perkara biasa dan tidak ada isu yang perlu diperbesarkan dan diambil serivs.

“Saya tak rasa kecil hati pun, cuma sedikit ters3ntuh,” ujarnya.

Sementara itu, Noraniza atau nama lengkapnya Nor Aniza Idris , 53, mendedahkan bahawa dia kini dalam perancangan untuk menggabungkan artis-artis Irama Malaysia di bawah satu bumbung sebuah pertubuhan yang bakal diumumkan nanti.

Ujarnya, pertubuhan yang dirancang itu kini dalam proses pendaftaran dan masih menunggu kelulusan Jabatan Pertubuhan Pendaftaran.

“Saya kini sedang menghimpunkan artis-artis Irama Malaysia yang mempunyai sekurang-kurangnya sebuah single berkonsepkan Irama Malaysia untuk bergerak di bawah satu pertubuhan.

“Sudah sampai masanya artis-artis Irama Malaysia ini di satukan dalam satu bumbung pertubuhan dan berkongsi kesungguhan untuk bangkitkan Irama Malaysia dengan sepenuh hati dan jiwa,” jelasnya.

Sumber : kosmo.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *