Gambar Fesyen Ameera Khan Tarik Perhatian Netizen, But Bvlu Sampai Disamakan Dengan Karpet Nilai 3!

Adik kepada usahawan Neelofa, Ameera Khan memang cukup dikenali sebagai pempengaruh fesyen yang sering memperagakan pakaian dan aksesori berjenama mewah dari luar negara.

Sebut sahaja jenama mewah yang ada, pasti ada antaranya yang pernah digayakan oleh Ameera. Sungguhpun wanita berusia 21 tahun itu sudah pun mengenakan tudung, namun, gayanya sebagai seorang ‘fesyenista’ tidak pernah kalah di mata peminat.

Terbaharu, Ameera menerusi akaun Instagramnya, @littlemisskhan memuat naik beberapa siri gambar yang menampilkan dirinya melaram beberapa persalinan dan aksesori daripada jenama Miu Miu.

Jika dilihat pada tag nama di setiap gambar, foto-foto yang dimuat baik adalah dengan kerjasama majalah Citta Bella Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ameera Khan (@littlemisskhan)


Ameera menggayakan topi kait bulu, tas tangan bulu dan beberapa lagi aksesori terbaharu daripada koleksi jenama berkenaan. Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah sepasang but bulu tebal yang disarungkan pada kakinya.

Sementara itu, menerusi gambar seterusnya, gaya topi yang dipakai oleh Ameera turut menjadi persoalan memandangkan dia kini telah mengenakan hijab.

“Gambar terakhir tu apa benda la yang kau pakai kat kepala tu adik?” tanya seorang netizen.

Bagaimanapun, pertanyaan tersebut dijawab oleh seorang pengguna Instagram. Katanya: “Maknanya, kamu tidak tahu apa-apa mengenai fesyen saya rasa,” tulisnya.

Namun, komen berkenaan dibalas semula oleh netizen yang sama itu tadi. Katanya: “Haha okay, fashion over a proper hijab… oh well,” tulisnya.

Komen netizen:

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *