Ibu bvntu anak sering s4wan tanpa tahu punca, ikhtiar terakhir ambil air tul4ng belakang pun dah buat! – “Tak ada gambar jalan-jalan, semua di h0spital”

DARI seorang bayi yang ceria dan petah, namun kini berubah menjadi pendiam dan berada dalam dunianya sendiri.

Demikianlah ujian yang men1mpa ibu muda ini apabila anak keduanya disahkan mengh1dap epil3psi ketika belum lagi mencapai usia setahun.

Kisah ringkas ini yang dikongsi menerusi satu video di aplikasi TikTok nyata meruntun hati netizen.

Berkongsi cerita dengan mStar, Siti Norhayati Osman berkata segala-galanya bermula apabila anaknya, Nur Hanis Qalesya Mohd Annas mengalami dem4m ketika berusia lapan bulan.

“Masa dem4m tu suhunya tinggi 39 hingga 40 darjah celcius. Saya bagi ubat dem4m tapi tak sampai 10 minit selepas itu, Qalesya ‘tarik’. Saya dan suami tak pernah tengok macam tu sekali keadaannya.

“Itulah kali pertama kami lihat. Keadaannya pelik sangat. Suami saya azankan sebab kami tak tahu nak buat apa. Kami terus bawa Qalesya pergi ke h0spital.

“Di h0spital, doktor lakukan x-ray dan rawat. Alhamdulillah, dem4mnya kebah tapi saw4nnya masih ada lagi. Malah lebih kerap hingga pernah 18 saat saja selang.

“Doktor buat pula Computerised Tomography (CT) Scan sebab bimb4ng ada pend4rahan… Alhamdulillah, keputusannya OK. Tapi masih tak tahu apa punca sawannya lalu doktor nak ambil air tul4ng belakang namun kami menolak,” cerita ibu muda berusia 24 tahun yang berasal dari Padang Besar, Perlis ini.

Menurut Siti Norhayati, selepas dua minggu dirawat dan dibenarkan keluar hospital, dia dan suami berikhtiar merawat anak mereka dengan menggunakan kaedah perubatan Islam.

SAWAN BARU 1

Sejak diser4ng s4wan ketika berusia 8 bulan, h0spital ibarat rumah kedua buat Qalesya.

“Alhamdulillah ketika berubat dan juga ambil ubat s4wan dalam masa yang sama, keadaan Qalisya nampaknya beransur pulih dan dia tak alami s4wan,” kata ibu kepada dua cahaya mata perempuan ini.

Namun panas yang disangka hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari.

Empat bulan kemudian, ketika mereka sekeluarga bergembira meraikan 1 Syawal, Qalesya sekali lagi mengalami s4wan.

“Qalesya langsung tak dem4m atau j4tuh pun, tiba-tiba sahaja dia s4wan. Saya dan suami segera bawa ke hospital di Kangar. Namun kerana ketiadaan pakar, kami putuskan untuk bawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Dalam telefon bimbit saya mana ada gambar pergi jalan-jalan… semuanya gambar ketika Qalesya di h0spital.

SITI NORHAYATI OSMAN

IBU

“Qalesya disahkan mengh1dap epil3psi dan jalani CT Scan, MRI, namun keputusannya OK… tak tahu apa puncanya. Doktor sekali lagi cadang ambil air tul4ng belakang. Kami buntu sangat namun tiada pilihan, akhirnya benarkan juga.

“Tapi hasilnya tetap sama. Kami sed1h sangat sebab Qalesya jalani macam-macam prosedur sedangkan dia masih kecil. Sekarang dia bergantung kepada ubat s4wan dan prosedur Elektroensefalogram (EEG) setiap tiga hari sekali,” katanya yang menjalankan bisnes online produk kosmetik.

Bercerita lebih lanjut, Siti Norhayati berkata keadaan yang dialami anak bongsunya itu menyebabkan perkembangannya terb4ntut jika dibandingkan dengan bayi seusianya.

SAWAN BARU 2

Wajah riang dan ceria Qalesya (kanan) sebelum menderita sawan.

“Sekarang pada usia setahun lima bulan, baru Qalesya boleh berjalan. Dia tak boleh bercakap malah masih makan bubur. Sekarang ni saya berehat sebentar daripada bekerja kerana nak fokus kepada anak.

“Biarlah lambat macam mana pun perkembangannya, kami tetap sabar berikhtiar kerana sebagai ibu bapa, kami tetap mahu yang terbaik untuknya.

“Tujuan saya muat naik videonya adalah kerana nak kongsi pengalaman dan peringatan bersama buat ibu bapa. Dalam telefon bimbit saya mana ada gambar pergi jalan-jalan… semuanya gambar ketika Qalesya di hospital.

“Terharu sangat baca komen netizen yang bagi kata-kata semangat dan mendoakan. Ramai juga kongsi pengalaman yang sama. Apa yang boleh saya sampaikan, jangan sesekali ambil remeh kalau anak dem4m. Periksa suhu, pantau pergerakannya dan terus dapatkan rawatan,” katanya lagi.

Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *