Kec0h Did4kwa Ada Hubungan Dgn Sharnaaz, Ini Jawapan Mengejvt Fify Azmi

Selepas Azira Shafinaz, kini timbul pula nama pelakon jelita, Fify Azmi dikatakan cuba didekati dvda ‘hot’, Sharnaaz Ahmad.

Rahsia Fify dan Sharnaaz saling mengenali terb0ngkar ketika Sharnaaz dan rakan baiknya, Shukri Yahaya mengadakan sesi live menerusi Instagram (IG), baru-baru ini.

Menerusi ruangan komen IG Live itu, pengikut kecoh tatkala melihat pelakon filem Wira itu turut menonton siaran langsung berkenaan.

Biarpun, Sharnaaz dan Shukri tidak menyebut tepat nama selebriti yang dimaksudkan, nyata pengikut dapat meneka siapakah wanita berkenaan.

Mengulas ‘terk4ntoi’ menonton IG Live Sharnaaz, Fify yang berjaya membolosi senarai Top 5 bagi kategori Watak Antagonis Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 berkata, dia akui menontonnya tempoh hari, namun, tidak semestinya tengok siaran langsung bererti dia dan Sharnaaz mempunyai hubungan istimewa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fifyazmi (@fifyazmi)

“Takkan nak tengok Live IG pun tidak boleh? Bagi saya, biasalah netizen suka buat andaian dan kesimpulan.

“Kami hanya kawan biasa, hubungan tiada sama sekali membabitkan soal perasaan.

“Saya dan Sharnaaz memang baik sebagai rakan seperjuangan. Malah, Sharnaaz antara yang tidak ked3kut ilmu sekiranya saya minta nasihat atau tip dalam lakonan,” katanya kepada BH Online.

Beralih kepada perkembangan kerjaya, Fify atau nama sebenarnya, Nur Afiqah Mohamed Azmi berkata, lakonan watak jah4t dalam drama Ryan Aralyn memberi impak hingga membolosi Top 5 bagi kategori Watak Ant4gonis Popular ABPBH 34.

“Itulah kali pertama saya mencuba melakonkan watak ant4gonis. Sebagai pelakon, saya cuba melakukan sehabis baik bagi menghidupkan karakter Hanis. Malah, rakan pelakon lain seperti Zul Ariffin, Raysha Rizrose dan Kodi Rasheed banyak membantu saya menjiwai karakter ini. Begitu juga pengarahnya, Riza Baharudin.

“Bagi saya, amat svsah, tambahan pula, kali pertama melakonkan. Namun, dalam masa sama, ia satu pengalaman menyeronokkan kerana saya membawa sisi lain yang tiada dalam diri,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fifyazmi (@fifyazmi)

Katanya, dia tidak mengharapkan kemenangan, apatah lagi, bersaing dengan calon lain yang hebat.

“Ada rezeki adalah… Saya sudah bersyukur berada dalam kelompok pencalonan awal dahulu.

“Sukar untuk saya menduga sama ada boleh menang atau sebaliknya. Apa sahaja kemungkinan boleh terjadi, malah saingan pun s3ngit.

“Setakat ini, saya memang tidak wujudkan kelab peminat. Kebanyakan, peminat setia yang melakukan inisiatif pengundian sebagai tanda sokongan.

“Bukan setakat melobi pencalonan ABPBH 34, drama lakonan saya pun mereka akan ‘tag’ dalam IG.

“Saya belum terlintas mahu mewujudkan kelab peminat. Namun, saya bersyukur jika ada yang menghargai dan menyokong bakat yang saya miliki,” katanya.

Sumber : news131media.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *