[VIDEO]Fazura Sempoi Miming Imran, “Ged1K Yang Tak Annoying…”

Nampaknya selepas versi pelakon Ben Amir miming Imran di TikTok, giliran selebriti popular iaitu Fazura pula mengundang ramai peminat tercuit hati.

Buat pengguna media sosial atau di TikTok, nama Imran semakin menjadi fenomena selepas perangai remaja ini yang sangat bersahaja sehingga percakapannya menjadi muzik latar dalam video pengguna TikTok yang lain.

Versi yang paling popular merupakan tagline Ghisau Ghisau yang mana pada awalnya, Imran menerima luahan perasaan oleh seorang individu dengan berkata, “I dah lama suka you, you suka I tak,” lalu diberikan respon olehnya

Walau bagaimanapun, versi Fazura miming Imran itu membuatkan ramai tercuit hati kerana kecomelannya yang mengundang ‘ger4m’ peminat dimana video tersebut yang dikongsikan semula menerusi Instagram peribadinya itu mendapat pelbagai reaksi ramai.

Meskipun Fazura berkata diruangan kapsyen di posting tersebut bahawa dirinya, ter-ged1k sekejap namun bagi peminat ia ged1k yang boleh diterima. Mana tidaknya, comel sungguh dengan mimik mukanya yang jelita ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Perkongsian di ruangan TikTok itu menarik perhatian ramai bersama komen-komen lucu peminat yang merasa terhibur dengan gelagat comel Fazura.

“Ged1k yang tak annoying, nampak cute je. Hahaha”

“Hahaha lawak sungguh ni”

“Alahai cute…”

Sumber : newzpower.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *