Foto Niezam Zaidi pakai uniform juruterbang jej4s imej TUDM – “Gambar itu semasa dia pegang watak dalam drama Gempur Wira”

Susulan penangkapan Niezam Zaidi yang terkait k3s d4d4h, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menafikan pelakon berkenaan pernah menganggotai pasukan itu atau Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM).

Kekeliruan itu muncul selepas beberapa foto Niezam dalam pakaian seragam TUDM digunakan bagi mengiringi berita berkenaan.

NIEZAM22

Pelakon Niezam Zaidi dihad4pkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kangsar pada Selasa atas tudvhan memiliki d4d4h.

Bahagian Perhubungan Awam, Markas TUDM Kuala Lumpur menerusi satu kenyataan menjelaskan, foto tersebut telah mencal4rkan imej dan memberi gambaran neg4tif terhadap pasukan tersebut.

“Berdasarkan artikel yang dikeluarkan oleh beberapa media, blogger dan pengguna media sosial berkenaan seorang artis dit4ngkap kerana memiliki d4d4h telah disensasikan dengan penggunaan gambar beliau berpakaian juruterbang TUDM.

“Isu ini telah menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat serta menc4larkan imej TUDM,” ujar kenyataan tersebut.

Tambahnya, pelakon berkenaan menggunakan pakaian seragam juruterbang TUDM semasa menjalani penggambaran sebuah drama bertajuk ‘Gempur Wira’.

“Artis berkenaan sama sekali tidak pernah berkhidmat dengan TUDM serta Pasukan Simpanan Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM).

“Gambar dia berpakaian juruterbang tersebut adalah semasa memegang watak sebagai juruterbang TUDM dalam sebuah drama bertajuk Gempur Wira,” ujarnya.

Dalam pada itu, pihak TUDM meminta agar pihak media, blogger dan pengguna media sosial untuk tidak mengaitkan artis tersebut dengan TUDM dan menurunkan semula gambar yang digunakan.

Terdahulu, Niezam bersama pengarah Mohd. Latiff Zami, 49 dan penolong pengarah, Saiful Zaidrin Ismail, 47 telah dit4han pihak p0lis dalam satu s3rbu4n yang dibuat di sebuah inap desa di Kuala Kangsar pada 7.15 pagi.

Dalam serbuan tersebut, pihak polis menjumpai d4d4h jenis k4n4bis seberat 1.45 gram dipercayai milik pelakon dan pengarah terbabit.

Pemeriksaan di bilik penolong pengarah pula menjumpai di atas lantai d4d4h jenis meth4mph3t4m1ne seberat 0.38 gram.

Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *