Lebih Daripada 20 Orang Rakan Artis Beri Kata-Kata Semangat Buat Niezam Zaidi – ‘Ramai Di Belakang Hang Cha, Kita Atur Balik’

Umum mengetahui, pelakon Niezam Zaidi bersama pengarah Mohd Latiff Zami dan penolong pengarah Saiful Zaidrin Ismail telah dit4han atas dakw4an penyal4hgunaan d4dah. Mereka bertiga masing-masing didapati memiliki 0.3 gram d4dah jenis Cann4bis dan 0.38 gram Meth4mphetam1ne. Berikutan daripada itu, Niezam Zaidi telah tampil memohon maaf kepada semua atas kesal4han yang dilakukannya.

Terbaru, lebih daripada 20 orang rakan artis memberi kata-kata semangat buat Niezam Zaidi.

Antara rakan artis yang dilihat memberi kata-kata semangat buat Niezam Zaidi di ruangan komen ‘permohonan maaf’ itu ialah Norman Hakim, Remy Ishak, Idzham Ismail, Adam Shahz, Shima Anuar, Zoey Rahman, Nina Fazurina, Syazwan Zulkifly, Ropie, Pekin Ibrahim, Ungku Hariz, Reykal dan Nadzmi Adhwa.

Menurut Remy Ishak, sesuatu yang besar dan baik pasti akan muncul selepas ini. Cuma, Niezam perlu percaya kepada ketentuan yang telah ditetapkan Allah. Manakala, Norman Hakim dan Idzham pula berharap, Niezam akan bangkit semula selepas apa yang berlaku ini.

Trust the process

Bukan g4gal selamanya

Bagi Zoey pula, keg4galan hari ini tidak bererti keg4galan buat selama-lamanya. Oleh itu, Zoey yakin Niezam boleh bangkit dan buktikan kepada semua bahawa dirinya mampu mencapai kejayaan semula. Menerusi permehatian pihak OhBulan! rata-rata rakan artis mendoakan yang terbaik buat Niezam dan berharap pelakon tersebut kuat menerima dvgaan ini.

Ramai di belakang hang

 

Sumber : ohbulan.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *