“No Rice, Simple Meal, Exercise” – Chef Wan Makan Telur Rebus, Dah Turun Berat 4 Ke 5 Kg

Selebriti cef terkenal, Cef Wan mengamalkan pengambilan makanan sihat sebagai inisiatif untuk menjaga kesihatannya.

Menurut Cef Wan, dia tidak kisah untuk menikmati hidangan yang mudah asalkan lengkap dengan nutrien yang diperlukan.

Antara juadah mudah untuk makan malam yang menjadi pilihan Cef Wan adalah telur rebus dan juga biskut

“Kadang-kala bila saya malas nak masak atau call grab food ke untuk makan malam, saya rebus telur tiga biji letak kicap, lada putih, extra Virginia olive oil dengan empat keping cream crackers.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

“Makanan mudah macam ini dengan tanpa nasi selama berminggu-minggu biasanya saya akan hilang berat badan sebanyak 4 hingga 5 kg! Seluar-seluar saya semua terlondeh dah!

“Saya tidak kisah makan makanan simple di rumah kerana saya sering makan banyak makanan sedap di pelbagai restoran dari semasa ke semasa.

“Bila mencekek makan betul-betul, bila seorang saya akan makan makanan yang mudah sahaja tetapi mempunyai nutrien yang tinggi. Tak ada karbon, lemak atau protein yang tinggi,” kongsinya.

Menerusi hantaran yang sama Cef Wan memaklumkan selain penjagaan makanan, dia juga mengamalkan senaman ringkas.