“Rezeki Harus Dicari, Allah Nak Uj1 Hambanya,” – Kembali Shooting Meski Belum Sihat, Datuk Fizz Fairuz Mahu Terus Kuat Demi Isteri & Anak-Anak

Pelakon, Datuk Fizz Fairuz mendedahkan dia kini sudah pun memulakan rutinnya untuk kembali menjalani sesi pengambaran meskipun tahap kesihatan dikhabarkan masih lagi belum pulih sepenuhnya.

Menurut Fizz, sebagai seorang ayah dan suami, dia harus kekal kuat untuk terus mencari rezeki buat keluarga tercinta.

“Perjalanan masih jauh. Kesihatan masih belum pulih sepenuhnya, tapi rezeki harus dicari.

“Doakan semoga kembali seperti biasa. Insyallah. Allah nak uji hambanya. Demi anak-anak dan wife saya kuat,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama, The Malaysian Ghost Stories itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dikesempatan itu juga, suami kepada pelakon, Datin Almy Nadia ini turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga kesihatannya dapat kembali pulih sepenuhnya seperti sedia kala.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji semangat yang ditunjukkan oleh Fizz selain turut mendoakan semoga segala urusannya akan sentiasa dipermudahkan selepas ini.

Sebelum ini, Fizz telah pun mendapat raw4tan di hospital selepas dilaporkan diser4ng peny4kit ang1n g4strik pada bulan lalu.

Paras asid di dalam badannya dilaporkan meningkat sehingga menyebabkan jadual pemakanannya agak sedikit terganggu.

KOMEN NETIZEN : 

Sumber : mediahiburan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *