“Alhamdulillah, Semoga Dipermudahkan,” – Zulin Aziz bertunang?

Pelakon, pengacara dan penyanyi, Zulin Aziz menjelaskan dia dan kekasihnya, Farhan Norzaini belum lagi diikat dalam majlis pertunangan seperti diperkatakan peminat di laman sosial.

Ia susulan Zulin memuat naik gambarnya bersama Farhan di pelamin persandingan adik kepada Farhan, semalam.

“Itu bukan majlis pertunangan kami atau apa. Itu adalah gambar pada majlis perkahwinan adik Farhan iaitu Fareez. Kami cuma bergambar sahaja dan meraikan hari bahagia kedua-dua pasangan pengantin,” katanya kepada Harian Metro.

Zulin ketika dihubungi berkata, dia menerima banyak ucapan tahniah daripada pengikut dan rakan-rakan di Instagram.

“Ramai ucapkan tahniah walaupun selepas saya muat naik gambar bersama pasangan pengantin,” katanya.

Ditanya bilakah giliran dia dan Farhan untuk menamatkan zaman bujang, Zulin meminta agar semua pihak mendoakan hubungan mereka sehingga ke jinjang pelamin.

“Bukan kami tak mahu percepatkan, cuma saya mohon semua doakan agar semuanya dipermudahkan,” katanya.

Terdahulu, Zulin Aziz menitipkan ucapan istimewa bersempena dengan ulang tahun kelahiran kekasihnya, Farhan Norzaini yang ke-34.

Menerusi dedikasi tersebut, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz turut mendoakan yang baik-baik selain turut mended4hkan keperibadian si dia.

Jelasnya, Farhan disifatkan sebagai lelaki sangat bertanggungjawab, teg4s serta penyayang.

“Happy birthday baby @farhannorzaini. Dia sangat bertanggungjawab dengan family. Sentiasa kerja ker4s demi bahagiakan kami.

Video: 

“Dia teg4s! Bagus juga, Zulin kan kepala b4tu. Tapi dia sangat penyayang. Dia jaga kita sedaya dia. Tak pernah berkira kudrat, duit. Ya Allah limpahkan rezeki buatnya ya Allah,” tulis Zulin menerusi satu perkongsian di Instagram.

Lebih menarik, bintang berusia 31 tahun itu memberitahu juga memiliki beberapa hobi serta minat yang sama.

“Kami banyak share hobi yang sama. Suka makan makanan yang sama. Boleh buat banyak benda sama-sama.

“I doakan semoga u sentiasa dalam lindungan Allah SWT, diberi kebahagiaan dan kejayaan dunia akhirat. Semoga Allah permudahkan urusan kita. Doakan kami yaa Happy 34th birthday love! 9 November 1987,” tulisnya lagi.

Komen netizen: 

Sumber: Media Hiburan, harian metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *