“Dia tetap pendirian berkenaan isu agama” – Yusuf Bahrin Doa Zizi Kirana Istiqamah Tutup Aurat, Kagum Isteri Kuat Hadapi Uj1an

MINGGU lalu isu penyanyi Zizi Kirana didakw4 mel4nggar kontrak dengan sebuah syarikat produksi drama menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen dan penggiat seni.

K3s berkenaan mengundang pelbagai reaksi lebih-lebih lagi apabila perubahan imej Zizi dengan memakai tudung ketika penggambaran drama lakonannya masih berbaki sekitar 30 peratus.

Bagi suami kepada penyanyi kelahiran Sabah ini iaitu pelakon Yusuf Bahrin, dia kagum dengan kecekalan isterinya ketika berdepan uj1an dalam melaksanakan perintah Allah untuk menutup aurat.

Enggan mencampuri urusan kerja Zizi khususnya membabitkan isu dakw4an melangg4r kontrak, Yusuf berkata dia sentiasa menyokong apa jua tindakan isterinya ke arah kebaikan.

Yusuf dan Zizi melangsungkan pernikahan pada pada 19 September lalu.

“Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah kerana bagi kemanisan dalam rumah tangga kami. Sebagai suami kepada Zizi saya reda dengan uj1an yang Allah bagi dekat isteri saya.

“Saya sangat-sangat bersyukur sebab Zizi sangat kuat menghadapi segala uj1an Allah ini.

“Saya akan support dia 100 peratus untuk terus istiqamah di jalan Allah. Saya akan sentiasa ada di sisi dia walau apa pun uj1an yang dihadapinya,” katanya ketika dihubungi mStar.

Allah tu sebaik-baik perancang dan Maha mengetahui kerana jodohkan saya dengan Zizi yang penyabar dan positif.

YUSUF BAHRIN

PELAKON

Pada 28 Oktober lalu mStar menyiarkan kenyataan penerbit dan pengarah drama Jamu Nesan, Datuk Rafiena yang mendakw4 Zizi gag4l melangsaikan baki penggambaran gara-gara berubah dengan imej bertudung.

Zizi juga menerusi penjelasan kepada mStar mengakui mereka gag4l mencapai kata sepakat berhubung tarikh baharu yang dicadangkan pihaknya walaupun produksi bersetuju agar dia tampil bertudung.

Mengulas lanjut tentang situasi yang dihadapi Zizi, Yusuf berkata dia bersyukur kerana isterinya tetap dengan pendirian untuk menjadi seorang muslimah yang baik.

Video:

“Saya nampak dia seorang yang tabah dan cekal menghadapi uj1an. Sentiasa bersangka baik dan senang menolak perkara-perkara neg4tif ni ke tepi

“Senyum je dia… MasyaAllah. Saya pun tak sekuat dia dalam menghadapi uj1an. Allah tu sebaik-baik perancang dan Maha mengetahui kerana jodohkan saya dengan Zizi yang penyabar dan positif.

“Dia seorang yang tetap pendiriannya tambahan pula apabila berkenaan dengan isu agama,” katanya.

Untuk rekod Yusuf dan Zizi sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 19 September lalu.

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *