“Ghisau… takdan kat dia, ” Komen ‘tak cantik korang, jangan beli’ undang Fazura terhibur

Sejak pelakon jelita, Fazura mengeluarkan jenama tudungnya sendiri dengan pelbagai koleksi corak yang cantik dan menarik perhatian para wanita mengundang dia sering menjadi bualan hangat ramai.

Ini berikutan, Fazura juga sering dilihat mengayakan tudungnya itu sekali gus membuatkan ramai turut ingin memiliki koleksi tersebut apatah lagi harganya juga sangat berpatutan sehingga tidak jemu peminat mendapatkan koleksi terbaru daripada isteri pelakon popular, Fattah Amin ini.

Walau bagaimanapun, oleh disebabkan hal itu Fazura juga merasa terhibur dengan satu komen daripada warganet yang meminta agar tidak membeli tudungnya itu yang berbunyi, “tak cantik korang, jangan beli.”

Komen terbabit bukanlah dipandang neg4tif namun sebenarnya mungkin kerana selalu tidak berkesempatan untuk membelinya.

Bagi pengemar tudung Fazura ini, pasti sangat tahu bahawa jika ada koleksi cantik dan baru dilancarkan, tentu sahaja cepat sold out meskipun dalam masa yang sekejap sahaja.

Video:

Jadi pasti akan muncul komen sebegitu kerana individu terbabit turut tidak ingin terlepas daripada mendapatkan koleksi tudung Fazura itu.

Namun dalam pada masa yang sama gara-gara komen tersebut bukan sahaja Fazura terhibur malah warganet juga sama merasa geli hati kerana turut melalui situasi tersebut.

Komen netizen:

Sumber: HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *