“Hahaha overrr” – [VIDEO] Ghisau versi Amira Othman Dan Adik Dipuji Comel Oleh Netizen

Penyanyi Amira Othman dan adik lelakinya yang juga merupakan seorang penyanyi, Irfan Haris mencuit hati warganet selepas satu rakaman tular di ruangan aplikasi, TikTok.

Telatah mereka turut dihujani dengan bermacam-macam reaksi apabila ramai mengatakan gelagat Amira Othman dan adik sangat comel selepas dihiburkan dengan satu cab4ran trend yang mana dia sempat melakukan miming satu tagline popular.

Nampaknya Amira Othman tidak ketinggalan untuk mengikuti trend ghisau yang mana jika anda lihat diruangan aplikasi popular, TikTok banyak video-video dengan cara tersendiri mengikuti trend tersebut.

Walau bagaimanapun, sebut sahaja tagline ghisau ramai sudah membayangkan kata-kata “I dah lama suka you, you suka I tak,” yang mana ia menjadi satu trend yang mencetuskan fenomena gara-gara seorang remaja yang dikenali sebagai Imran.

Melihatkan pula video adik-beradik selebriti ini yang memaparkan mereka miming tagline popular itu mengundang peminat turut geli hati untuk menonton video yang dimuat naik dan setakat ini rakaman pelakon ini ditonton lebih ribuan kali.

Video :

Netizen diruangan komen turut membanjiri dengan pujian comel selepas menonton cabaran trend ini versi mereka pula dan beberapa selebriti terkenal lain juga turut sama menyahutnya di TikTok.

Komen netizen :

Sumber: HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *