Izreen Azminda Ded4h Wajah Anak Bongsu, Nama Ali Idrees Jadi Pilihan

Umum mengetahui, pelakon, Izreen Azminda baru sahaja selamat melahirkan cahaya mata leaki pada tanggal 20 September lalu.

Terbaru, menerusi hantaran terkini di laman Instagram, Izreen telah pun berkongsi wajah penuh anaknya itu buat tatapan para pengikutnya di media sosial.

 

Dikesempatan itu juga, pelakon filem Pecah ini turut memaklumkan dia dan suami yang juga merupakan pemuzik, Ude Wahid telah pun bersepakat untuk menamakan anak mereka itu Ali Idrees.

“Salam jumaat buat semua dari saya. ALI IDREES MUHAMMAD RADZI (penangan SAFFRON + NESCAFE (ingat keluar gulap gelita),” tulisnya.

Foto-foto yang dikongsikan itu nyata menzahirkan rasa teruja di hari para peminat.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji wajah comel bayi tersebut selain turut mendoakan semoga Ali Idrees membesar dengan sihat dan menjadi penyejuk hati ayah dan ibu.

Terdahulu, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid telah pun mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim yang kini mencecah usia 2 tahun.

 

Sebelum ini, Izreen pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhamd Riza pada 2012 sebelum memutuskan untuk berc3rai pada 2014.

Hasil perkahwinan tersebut, Izreen dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Muhamad Adrian Umar, 5.

Sumber: MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *