“Melatah jugak ke…” – [VIDEO] Gelagat Lucu Hairul Azreen & Zahiril Adzim Jadi Tumpuan Netizen

Pelakon, Hairul Azreen tentu sahaja bukanlah pelakon yang calang-calang dalam dunia filem aksi apabila dia berjaya menempa nama dengan jayanya sehingga watak aksinya sering dinanti-nantikan peminat.

Sama juga dengan pelakon, Zahiril Adzim yang mana dia merupakan antara pelakon berbakat yang tidak lagi perlu diperkenalkan dan dia menjadi pelakon kesukaan buat penonton drama tempatan mahupun filem.

Walau bagaimanapun, tentu ramai peminat yang tahu Hairul Azreen dan Zahiril Adzim pernah berkerjasama bersama dalam sebuah filem berjudul Ada Hati. Filem terbabit merupakan arahan sulung daripada Hairul Azreen.

Namun begitu, siapa menyangka mereka diluar sangat lucu apabila satu rakaman video nampaknya tvlar di aplikasi, TikTok yang mana memaparkan Hairul Azreen dan Zahiril Adzim yang sedang berkelakuan lucu.

Seperti sedang bergurau bersama, telatah Zahiril Adzim yang dilihat warganet seperti terlatah di penghujung video turut menghiburkan ramai dengan gelagat mereka itu sehingga video tersebut mendapat perhatian.

Video:

Agak melucukan apabila kedua-dua pelakon ini bergandingan dalam video tersebut lalu diruangan komen pula nampaknya warganet meninggalkan respon terhibur dengan telatah lucu mereka yang dalam pada masa sama turut meraih ribuan tanda suka ramai di hantaran video tersebut.

Komen netizen:

Sumber: HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *