“Memang Nak Sangat Tapi…” – Tambah Anak Ketiga, Ini Jawapan Tya Ariffin!

Pelakon dan penyanyi Tya Ariffin berharap punyai rezeki untuk mendapatkan anak ketiga selepas dikurniakan dua cahaya mata, Arif, 4, dan Azzahra, 2.

Namun begitu, kata Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari Arifin, 27, dia dan suami, Asyraf Khalid, perlu mempertimbangkan banyak perkara sebelum merancang menambah ahli keluarga.

“Memang nak sangat tambah anak. Bagaimanapun, agak ris4u untuk berbuat demikian buat masa sekarang dalam situasi pand3mik yang cukup ber1siko ini.

“Selepas keadaan semakin pulih, barulah saya dan suami merancang untuk tambah ahli keluarga pula,” ujarnya.

Sementara itu, Tya yang kini aktif menjalankan perniagaan produk Mutyara tidak terfikir untuk mencetvskan gimik untuk melariskan jualannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw)

“Tujuan utama saya menjadi usahawan adalah untuk membina perniagaan jangka masa panjang. Misi utamanya adalah untuk membantu orang ramai mengecap impian bersama dan berjaya dalam perniagaan.

“Saya pun sebenarnya tidak ambil tahu sangat mengenai ada usahawan yang buat pendekatan gimik untuk dikenali. Perniagaan saya berkembang secara semula jadi dan tak terfikir langsung nak buat gimik lebih-lebih,” ujarnya.

Malah, Tya bersyukur dapat membantu lebih 25,000 rakyat Malaysia sejak bergelar usahawan empat tahun lalu.

Disebabkan itu juga, dia terp4ksa menolak tepi karier seni demi misinya membantu lebih ramai untuk meraih pendapatan menerusi perniagaan yang diusahakan.

“Sejak saya usahakan produk sendiri iaitu Mutyara, kini lebih 25,000 berjaya saya bantu terutama golongan wanita untuk memiliki sumber pendapatan. Baik suri rumah, ibu tunggal, dibuang kerja, atau wanita berkerjaya lain yang perlu pendapatan sampingan.

“Disebabkan itu, saya memang kena ketepikan seketika kerjaya lakonan kerana mahu terus mengejar misi membantu lebih ramai orang. Sasaran saya pada tahun hadapan adalah dapat membantu lebih 100,000 rakyat Malaysia pula.

“Menjadi usahawan juga sebenarnya membuatkan saya kembali jumpa tujuan hidup. Kalau dulu, saya berlakon demi mencari wang untuk ibu bapa saya dan sejak berkahwin, saya tertanya apa lagi tujuan hidup perlu dikejar,” katanya.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *