“Ni kucing ke…” – Netizen Terkedu Lihat Video Kucing Besar Zara Zya

Tentu sahaja begitu banyak jenis kucing, ada yang berbulu lebat dan sebagainya. Namun begitu, kucing milik pelakon Zara Zya mengundang rasa terk3du warganet melihat saiz kucingnya.

Zara Zya sememangnya turut terkenal sebagai seorang selebriti yang juga memiliki kucing. Rutin bersama haiwan kesayangannya itu juga sering dikongsikan olehnya kepada umum.

Kucing yang diberi nama Beshetik ini juga antara yang popular yang dimilikinya kerana bukan sahaja gebu malah saiz kucing yang dipelihara Zara Zya ini boleh dikatakan sangat besar.

Terbaharu, melihatkan video kucing gebu itu yang didukung oleh Zara Zya lalu dikongsikan menerusi akaun TikTok mengundang dia dan Beshentik menarik perhatian warganet yang turut mengundang netizen terkejut akibat saiznya itu dan setakat ini rakaman penyanyi terkenal ini ditonton ribuan kali.

Saiznya agak besar sehinggakan membuat warganet juga tertanya-tanya berat kucing milik pelakon drama Mr. Bibik itu yang mana kecomelannya juga menjadi bualan hangat di aplikasi tersebut.

Video: 

Rata-rata warganet diruangan komen bagaimanapun turut membanjiri dengan pelbagai komen lucu sehingga kucing gebu tersebut menarik perhatian sekali gus menerima ribuan tanda suka ramai di hantaran video dikongsikan Zara Zya itu.

Komen netizen:

Sumber: HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *