Niat Nak Perbaiki Bacaan Al-Quran, Rita Rudaini & ‘2 Hero’ Ikuti Kelas Mengaji Tiap Isnin – “Bukan Ada Syarat, Cuma Hati Kena Ikhlas Kerana Allah,”

Pelakon, Rita Rudaini berkongsi cerita perihal dia bersama dua orang anak lelakinya, bernama Airit Rayyan Rizqin, 12, dan Airit Qaqa Arjuna, 10, yang mengambil inisiatif dengan mengikuti kelas bacaan kitab suci Al-Quran secara virtual bersama Ustaz Haji Sazali Nordin.

Kelas yang berjalan setiap Isnin itu menjadi medium untuk memperkasakan bacaan selain memperbaiki kesil4pan serta kesal4han dalam bacaan ayat suci al-Quran.

“Sambil tuggu nak online ngaji, setiap isnin kami anak beranak ada kelas ngaji dengan ustaz @hjzalie. Ampa nak blajaq boleh DM ustaz.

“Kadang-kadang kita rasa kita baca dah kena dah, tapi sebenarnya memang banyak kesil4pan yang kita tak sedaq dan tak tahu. Tak rugi belajar,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Aktres cantik berusia 45 tahun ini juga berpendapat, usaha mahu mengaji perlu datang dari hati yang ikhlas.

“Siapa-siapa pon boleh blajaq. Belajar mengaji ni bukan ada syarat. Cuma hati kena IKHLAS nak blajaq kerana ALLAH. Moga ALLAH saja yang dapat balas jasa ustaz pd kami sekeluarga, amin..,” tulisnya.


Perkongsian ibu tunggal itu nyata mendapat reaksi baik di kalangan para pengikutnya.

Sumber: Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *