“Saya Nak Cakap Pun Sed1h”- Bermula Daripada Iqra, Bandi Amvk Perjelas Mengapa Enggan Sertai Gegar Vaganza Sebelum Ini!

Bintang Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) Bandi Amvk akui dia sudah beberapa kali ‘dilamar’ pihak produksi untuk menyertai pertandingan tersebut.

Namun, menurut Bandi ada satu tanggungjawab perlu dilunaskan sebelum betul-betul bersedia memasuki GV8.

Jelas atau nama sebenarnya Nasabandi Jumat, dia sebenarnya menangguhkan hasrat itu kerana mahu memberi tumpuan sepenuha kepada pengajian Al-Quran.

Menurut Bandi, sejak 2017 lagi dia sudah memulakan pengajian tersebut.

“Saya ambil masa tiga tahun lebih untuk khatam. Dalam tiga tahun itu pihak produksi ada call tawar saya masuk tapi saya cakap memang tak boleh.

“Saya tak mahu abaikan, malah saya mahu habiskan juga pengajian. Sebab bila saya belajar mengaji secara ‘talaqqi’ atau bersemuka dan kemudian khatam, saya rasa satu kepuasan.

“Saya mengaji daripada Iqra sebab bila masuk ustaz tanya boleh mengaji tak? Saya cakap boleh baca.

“Ustaz tanya lagi nak baca dari surah Al-Baqarah ke? Saya cakap tak, saya nak dari Iqra. Saya start balik dari Iqra satu, dua sampai enam.

“Jadi bila khatam tu kita rasa puas hati. Aku mula dari bawah tau mengaji.

“Sekarang ni kita dah tau nak berhenti di mana, tempat nak dengung macam mana. Seronok sebenarnya kalau kita tahu dekat mana ‘p4tah-p4tah’ dia, kita akan mengaji dengan rasa…saya nak cakap pun sed1h ni.

“Sekarang lepas solat, mengaji tu memang dah jadi rutin, jadi seronok,” katanya.

Ditanya bagaimana dia terdetik untuk memulakan pengajian secara bersemuka ini, Bandi menjelaskan dia memilih untuk mencintai akhirat.

“Kita manusia ni, kita kejar dunia boleh tapi jangan cinta dunia. Kita kena cinta akh1rat,” katanya.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *