“Sesuai berlakon Ada Hantu 2” – [VIDEO] Alisa Aisyah Bikin Ser4m Jadi Perhatian Di TikTok

Sebelum ini gelagat comel tetapi kelihatan ser4m dilakukan oleh si cilik popular, Alisa Aisyah mendapat perhatian ramai selepas dikongsikan oleh ayahnya, Hairul Azreen.

Alisa Aisyah yang duduk di satu bahagian bertangga dalam gelap mengundang ramai tercuit hati dengan gelagat anak kepada pasangan pelakon, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha yang ber4ni dimana dikatakan mencari Hairul Azreen.

Video:

Walau bagaimanapun, melihatkan satu rakaman yang turut tular di aplikasi, TikTok menunjukkan kejadian terbabit sekali lagi dengan kapsyen, “My bebek rindu daddy dia, Alisa Aisyah.”

Alisa Aisyah yang disapa dengan panggilan bebek nampaknya duduk di ruang rumah yang sama kerana dikatakan rindu dengan Hairul Azreen.

Kelihatan menerusi video, Alisa Aisyah menunggu dan akhirnya bangun lalu didukung dan kejadian itu membuatkan netizen tercuit hati disamping telatah berani si cilik popular ini dikatakan sesuai berlakon dalam filem Ada Hantu 2.

Video:

Ada Hantu merupakan sebuah filem ser4m komedi arahan sulung daripada Hairul Azreen yang dibintangi oleh beberapa pelakon hebat seperti Zahiril Adzim dan ramai lagi.

Netizen diruangan komen bagaimanapun turut memberikan pelbagai respon terhadap telatah berani adik kepada Yusuf Iskandar ini.

Komen netizen:

Sumber: HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *