“Tertelan Kaset Ke” – [VIDEO] Adik-Beradik Rosma, Bek4s Pelajar Akademi Fantasia Belanja Suara

Rosma atau nama sebenarnya Rosmayati Sidek adalah salah seorang peserta Akademi Fantasia pertama. Buat pengikut rancangan realiti TV ini pastinya mengenali penyanyi yang juga seorang isteri kepada Naib Juara Akademi Fantasia pertama iaitu Khai.

Kini mereka berdua adalah usahawan produk mereka sendiri. Bagaimanapun baru-baru ini video adik-beradik Rosma menyanyi di TikTok telah mencvri perhatian ramai. Dalam perkongsian rakaman tersebut kelihatan Rosma dengan dua lagi adik-beradik ini menyanyikan sebuah lagu berjudul Seribu Kemanisan.

Sungguh tidak disangka adik-beradik Rosma ini juga memiliki suara yang sangat merdu. Apa-apa pun jom layan suara adik-beradik Rosma yang dimuat naik menerusi akaun TikTok dengan nama wanie_sidik ini:

Video:

Wow, padu suara masing-masing! Perkongsian rakaman nyanyian tiga beradik ini cukup menenangkan dan telah mencvri perhatian ramai. Video adik-beradik belanja suara ini telah meraih lebih 251 ribu tontonan dan 23 ribu likes.

Rata-rata warganet memuji suara tiga wanita ini dan meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman tersebut di ruangan komen seperti berikut:

Komen netizen: 

Sumber: HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *