
Nama Ustaz Syamsul Jebat cukup dikenali ramai kerana percakapan loghat Negeri Sembilan darinya ketika memberi ceramah agama. Malah mukanya yang kadang-kadang serius tetap membuatkan ramai terhibur dengan lawak dari insan ini.
Bagaimanapun baru-baru ini kemunculan Ustaz Syamsul Jebat berlakon dalam drama telah mencvri perhatian ramai. Lakonan Ustaz Syamsul dalam drama berjudul ‘Keluarga Untuk Disewa’ yang disiarkan di TV9 ini telah membuatkan ramai rasa tidak percaya.
Malah perkongsian satu babak lakonan Ustaz Syamsul dalam drama ini turut dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok menerusi aplikasi tersebut.
Muka tetap serius, tapi lakonannya nampak sangat selamba dan tidak kaku langsung! Dalam diam ada bakat lakonan rupa-rupanya. Apa-apa pun baru sahaja dikongsikan satu rakaman babak lakonannya telah membuatkan ramai memuji dan teruja mahu menyaksikan drama ini.
Perkongsian rakaman Ustaz Syamsul Jebat berlakon drama oleh pengguna TikTok dengan nama akaun hidayahsalim ini telah meraih hampir sejuta tontonan dan 76 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen.
Komen netizen:
Sumber: HCL