[VIDEO] Aksi Siti Aafiyah Depan Cermin Bergambar Dengan Ibunya – “Bukan Main Lagi… Kal4h Ibu Dia”

Satu-satunya anak perempuan kepada penyanyi terkenal tanah air yang diberi nama Siti Aafiyah ini semakin membesar dengan comel dan bijak sekali. Menjadi anak kepada Dato’ Sri Siti Nurhaliza, sudah tentunya si cilik ini turut mendapat perhatian ramai.

Dilahirkan pada 2018, Siti Aafiyah kini sudah pun berusia 3 tahun. Telatah comelnya sering dikongsikan di sosial media membuatkan si cilik ini sering dikatakan sama seperti ibunya. Malah baru-baru ini Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan TokTi telah memuat naik satu rakaman anak sulungnya itu bersama dirinya sendiri.

Dalam rakaman itu kedengaran TokTi mengira, “1,2,3 dan pose” sambil merakamkan aksi anaknya itu di depan cermin. Gaya si cilik ini bukan main lagi, dah macam model profesional! Berikut adalah aksi Siti Aafiyah depan cermin yang dimuat naik menerusi Instagram TokTi itu sendiri:

Vide0:

Amboi bukan main lagi si cilik ini beraksi dengan ibunya! Apa-apa pun perkongsian rakaman aksi Siti Aafiyah depan cermin ini telah meraih lebih 49 ribu likes dan 689 ribu tontonan. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

Komen netizen:

Sumber: newzpower.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *