[VIDEO] Bilik Menunggu Tidak Disediakan, Aaron Aziz Makan Bermejakan T0ng S4mpah

Lama tidak mendengar khabar aktor kacak, Aaron Aziz memandangkan dia jarang berlakon drama seperti sebelum ini. Namun begitu, pelakon kelahiran Singapura ini tetap aktif di media sosial dengan memuat naik aktiviti-aktiviti hariannya.

Baru-baru ini, satu posting yang dimuat naik oleh Aaron telah mendapat perhatian ramai susulan keadaannya yang sedang makan beralaskan t0ng s4mp4h.

Hal tersebut menjadi bualan ramai selepas pelakon berkenaan menjelaskan kejadian berkenaan di ruangan kapsyen.

Menurutnya, dia tidak diberikan bilik persediaan seperti artis-artis yang lain ketika menghadiri satu program TV sehingga perlu menjamah nasi bermejakan tong s4mpah.

Video:

Walau bagaimanapun, Aaron bersangka baik bahawa mungkin yang menguruskan kebajikan selebriti yang diundang adalah dari team baru dan terlepas pandang akan dirinya.

Namun agak pel1k jika pihak mereka tidak mengetahui bahawa pelakon itu diundang sedangkan ia merupakan antara selebriti yang dikenali.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata peminatnya dan rakan artis berasa terkejut melihat Aaron dilayan sebegitu rupa.

Mereka berharap agar pihak pengurusan program lebih peka dengan kebajikan selebriti yang menjadi tetamu undangan agar tidak berlaku ins1den seperti ini lagi di masa hadapan.

Komen netizen:

Sumber: motifviral.dnqj

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *