[VIDEO] Homestay Tak Sediakan Seterika, Suami Gigih ‘Gosok’ Tudung Isteri Guna Cerek Elektrik

Perempuan dan tudung memang satu topik yang sukar untuk dibincangkan. Apabila tudung tidak kemas pasti mood mereka akan terganggu. Malah ia merupakan mimpi ngeri buat para wanita yang berhijab jika tempat penginapannya tidak disediakan seterika.

Gigih suami iron tudung isteri guna water heater

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang wanita dikenali sebagai Eja di TikTok, berkongsi momen suaminya gigih ‘melicinkan’ tudungnya dengan cara yang lain iaitu dengan menggunakan cerek elektrik.

Difahamkan tempat penginapan mereka tidak menyediakan kemudahan seterika dan kaunter pertanyaan tempat penginapan tersebut sudah tutup memandangkan sudah malam.

Video:

Lebih menarik lagi apabila suaminya gigih menjerang air kemudiannya melalukan tudung berkenaan di atas permukaan cerek elektrik tersebut untuk memastikan kawasan tudung yang berkedut itu terkena wap panas.Hasilnya, tudung berkenaan kelihatan tidak berkedut serta terletak cantik di atas kepala isterinya tersayang.

Terima kasih sayang. Nak bagu buah hati cantik pakai tudung kemas. Haa gitu.

Video berdurasi 15 saat itu meraih lebih 797 tontonan dan mendapat lebih 67 ribu tanda suka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan kegigihan si suami yang sanggup menggunakan cerek elektrik untuk menghilangkan kedut pada tudung isterinya. Malah, ada juga di antara mereka yang baru tahu teknik seperti itu membantu untuk menghil4ngkan kedutan pada tudung.

Komen netizen:

Sumber: Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *